Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ailee Kini Dilapor Tunangan Choi Si Hoon, Rancang Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Tular di media sosial, penyanyi terkenal Korea Selatan, Ailee dilaporkan telah bertunang dengan bekas peserta Inferno Single, Choi Si Hoon pada Mac lalu.

Memetik artikel Koreaboo, perkara itu disahkan sendiri oleh tuan badan sekali gus memberitahu kepada pihak media, bahawa dirinya dan pasangan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Berikutan pendedahan umum tentang hubungan mereka, Ailee turut dilihat menyampaikan pesan buat peminat bagi menjawab desas-desus mengenai hubungannya.

Foto: Kpop Herald

Advertisement. Scroll to continue reading.
“I had hoped to share this joyous news when the time was right. Though feeling slightly robbed of that moment, the overwhelming support and warm wishes from all of you have made me want to embrace this happiness with everyone,” tulisnya.

Sebelum ini, Ailee menjelaskan bahawa dia kini sedang berkenalan dengan seorang ahli perniagaan, dan bukan selebriti. Namun begitu, media melaporkan bahawa Si Hoon kini sedang mengusahakan sebuah restoran yang terletak di Jongno, Seoul.

Foto: Kpop Herald

Untuk rekod, Ailee merupakan seorang penyanyi yang mempunyai kehebatan dalam nada-nada tinggi. Dia mula menceburi dunia muzik pada tahun 2012, dan mempunyai peminat yang ramai melalui persembahannya yang penuh emosi melalui lagu popular sepanjang keterlibatannya.

Antara lagu hits  seperti Heaven, U&I dan Evening Sky. Manakala, Si Hoon semakin meningkat populariti selepas muncul dalam musim pertama, Single’s Inferno.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Koreaboo

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd