Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Ahli Akademik Perlu Lebih Cermat Bila Menulis

Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan beberapa kes melibatkan kesilapan fakta yang dilakukan oleh ahli akademik sehingga ditegur oleh sarjana dan pakar bidang. Semua ini ibarat ‘mimpi ngeri’ bagi seorang ahli akademik apabila tulisannya dikritik oleh pihak lain kerana terdapat kesilapan fakta dan sumber.

Kes pertama melibatkan seorang ahli akademik yang tersilap dalam menyatakan karya seorang tokoh wartawan negara yang bukan tulisannya, sebaliknya tulisan seorang sasterawan negara, mungkin terkeliru dengan nama yang hampir sama.

Kes kedua melibatkan dua orang ahli akademik lain yang tersilap dalam memberikan gambar kapal sehingga ditegur oleh seorang sarjana luar.

Meskipun ahli akademik terlibat sudah memberikan penjelasan dengan mengakui kesilapan tersebut dan menarik semula tulisannya, namun isu ini menarik juga untuk dibincangkan. Apapun, kerelaan ahli akademik tersebut mengakui kesilapannya dan menarik semula tulisan tersebut perlu dipuji kerana bukan mudah untuk berbuat demikian bagi seorang ahli akademik yang sentiasa ‘menilai’ tulisan pelajar dan ahli akademik lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada dua pengajaran yang boleh diambil daripada kes ini. Pertama, semua ahli akademik perlu sangat cermat dan teliti dalam menghasilkan penulisan. Setiap penghujahan perlu disertakan dengan sumber dan rujukan yang jelas, termasuk halaman bagi tulisan yang dirujuk. Di sinilah pentingnya pakar bidang dalam menghasilkan sesebuah tulisan bagi meminimumkan kesilapan fakta tersebut, meskipun kadang-kadang kecuaian kecil menyebabkan berlakunya kesilapan seperti di atas.

Kedua, bagi akhbar pula, editor perlu memainkan peranan penting dalam menyemak kesahihan fakta sesebuah makalah. Dalam hal inilah, seorang editor perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidangnya. Jika terdapat kesilapan ketara yang dapat dikesan, editor perlu membetulkannya atau meminta penulis asal membuat pembetulan.

Bagi artikel jurnal pula, barisan penilai termasuk editor juga perlu teliti dan cermat dalam menilai sesebuah artikel. Selain menyemak kesahihan fakta dan sumber, penilai juga perlu menyemak segala jadual, carta, rajah, dan lampiran. Sebab itulah ramai ahli akademik tidak sanggup untuk menjadi penilai artikel kerana tugasnya adalah bersifat sukarela, namun tanggungjawabnya sangat berat.

Dari satu segi, perlu diakui bahawa kemajuan teknologi hari ini iaitu kecanggihan media sosial dan kuasa ‘viral’ juga memudahkan sebarang kesilapan fakta dalam tulisan akademik ditularkan kepada umum di hujung jari sahaja, dan mampu disebarkan ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa saat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun ini bukan bermakna ahli akademik terdahulu tidak membuat kesilapan. Hakikatnya, mereka ‘terselamat’ daripada menjadi mangsa tular kerana zaman itu belum ada media sosial, atau kuasa dan budaya ‘viral’ di media sosial ketika itu belum mencapai tahap seperti hari ini.

Semoga kes ini menjadi pedoman dan iktibar yang penting buat semua ahli akademik, agar sentiasa cermat dan teliti dalam menghasilkan penulisan khususnya yang bersifat akademik.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi melalui emel di [email protected]

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd