Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Abang Wiring Dah Solat Taubat, Janji Bertanggungjawab Terhadap Cikgu Fadilah

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Jumaat lalu.

Abang wiring & Cikgu Fadilah dikenakan denda RM5,000

Memetik laporan dari Sinar Harian, kedua-duanya didenda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Abang Wiring merayu kurangkan denda, dah bertaubat

Ketika rayuan hukuman, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31, memohon pengurangan denda atas alasan pendapatannya terjejas dan menzahirkan keinsafan.

“Saya mengaku bersalah dan merayu dikurangkan denda kerana pendapatan terjejas selepas berita itu tersebar’
“Saya harap yang arif beri pengurangan denda. Saya telah buat solat taubat, saya ambil tanggungjawab terhadap Cikgu Fadilah,” katanya sebak di hadapan hakim.

Dalam pada masa yang sama, tertuduh wanita, Nur Fadilah Zainal, 31, yang merupakan guru sekolah menengah dan seorang ibu tunggal pula merayu atas dasar tanggungjawab terhadap anak lelakinya yang berusia 4 tahun serta ibu bapanya yang uzur.

Ketua Pendakwa Syarie, Atras Mohamad Zin, memohon agar hukuman maksimum dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hujahnya, Atras memohon kedua mereka dikenakan hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada tertuduh, malah orang awam yang berada di dalam mahkamah, di negeri ini dan seluruh negara.

Hujahnya lagi, tertuduh kedua merupakan seorang pendidik dan sudah pasti keputusan mahkamah ini akan menjadi perhatian dan panduan pada masa akan datang selain tertuduh pertama merupakan seorang suami, namun telah melakukan perkara di luar batas.

Kesalahan mereka didakwa di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

abang wiring

Artikel lain: Cikgu Sekolah & Abang Wiring Mengaku Salah Cuba Buat Aktiviti Tak Senonoh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, isu ini menjadi bualan hangat selepas tersebarnya beberapa video dan tangkap layar perbualan berunsur lucah di media sosial.

Difahamkan, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan Nur Fadilah Zainal didapati telah melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah Alor Gajah di sini kira-kira jam 9 malam 28 Februari lalu.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd