Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kantoi Curang? ‘Abang Wiring’ Anggap Ujian – “Saya Akan Bersihkan Nama Saya”

Abang wiring bersihkan nama dakwaan curang

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan seorang suami yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ menjalinkan hubungan terlarang bersama seorang wanita dipercayai bekerja sebagai seorang guru telah kantoi setelah perbuatan itu didedahkan oleh isteri kepada lelaki tersebut.

Abang wiring bersihkan nama dakwaan curang

Abang wiring bersihkan nama dakwaan curang

Namun isu ini menjadi lebih panas, apabila lelaki itu akhirnya tampil membuka mulut cuba menjelaskan apa yang telah terjadi sekali gus mahu membersihkan namanya setelah menerima kecaman hebat daripada netizen.

“Assalamualaikum semua, untuk kes yang viral mengenai saya ini akan saya huraikan satu persatu setiap cerita yang berlaku untuk pemahaman semua pihak. Saya akan bersihkan semula nama saya.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, saya mengaku salah dan silap saya. Ini ujian untuk diri saya sendiri,” tulisnya menerusi laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, lelaki terbabit berkata dia tidak peduli dengan segala cacian yang diberikan kepadanya dan menasihati orang ramai untuk tidak cepat meghukum dan mengawal diri apabila berkata-kata.

“Nak teruskan mengecam tiada masalah itu hak kalian tapi tolong jangan libatkan anak dan ahli keluarga saya. Tolong asingkan hal kerja dan urusan peribadi.
“Cuma saya nak cakap dosa dengan tuhan kita boleh bertaubat tapi kalau dosa dengan orang selagi orang tak ampunkan, Allah takkan ampunkan. Hati-hati dalam komen dan menyebarkan,” jelasnya.

Abang wiring bersihkan nama dakwaan curang

Artikel lain: Mesej Tak Senonoh Tersebar, Cikgu ‘Kantoi’ Main Cinta Dengan Suami Orang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular semua hantaran di laman Facebook memperlihatkan perbualan seorang lelaki didakwa berlaku curang dengan seorang guru sekolah menengah sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk termasuk di bulan Ramadan.

Sumber: Facebook

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd