Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama.
Sedih orang terakhir dipeluk
Baru-baru ini tular di TikTok, seorang adik meluahkan perasaan ketika menghadiri sebuah majlis tamat latihan abangnya sebagai seorang anggota badan beruniform telah mengundang sebak dalam kalangan netizen.
@hsrithmel Dalam vd ni ad cerita di sebalik nyee☺️mula mula time abang smpai dekat kami abang pegi dekat semua peluk cium tapi time tuh abang x pegi pun kat adek.Tapi xpe adek diam lagi … adek pun tunggu la abg dtg kat adek tapi abg x dpt jugak abg betul btul buat tak thu je kat adek lps tuh adek pun duduk la sorg ii dekat batu tuh tak lama tu abg nampak adek duduk sorg ii and abg dtg dekat abg ckp “ADEK KAMU MESTI INGAT ABG DH LUPA KAN KAMU KAN” pastuh adek terus mengis adek ckp abg buat x thu pun kat adek …adek tunggu abg dri smlm x tido excited nk jumpa abg tpi abg buat tak thu je kat adek 😭😭😭abang ckp “TAKDELA ADEK ABNG XKN LUPA KN ADE DRI KECIK SMPAI BESAR KITE GURAU GADOH SELALU AD TAPI SKRG KITE X CM DULU LAGI DH KITE BERPISAH DENGAN KEJAYAAN DAH DAH ABG AD DENGAN ADEK OKE “ rindu yang x terubat dekat abg banyak bende nk bercerita die la kawn die la abg die la segala gala nyee syang abg dunia akhirat 😭TANIAH ABG ❤️#sadstory #fyp #pulapolairhitam
“Dalam video ini ada cerita disebaliknya. Mula-mula masa abang sampai dekat kami abang pergi dekat semua peluk cium tapi abang tak pergi pun kat adik.
“Tapi takpe adik diam lagi, adik pun tunggu lah abang datang kat adik tapi abang tak datang juga. Abang betul-betul buat tak tahu je kat adik lepas tu adik pun duduk lah sorang dekat atas batu,” katanya di TikTok, baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, remaja itu memberitahu abangnya tetap mencarinya dan mengakui tidak pernah melupakan kehadirannya sebagai seorang adik setelah sekian lama membesar bersama-sama.
“Tak lama tu abang nampak adik duduk sorang dan datang dekat. Abang cakap “Adik kamu mesti ingat abang dah lupa kamu kan?”
“Adik terus menangis cakap abang buat tak tahu pun kat adik. Adik tunggu abang dari semalam tak tidur teruja nak jumpa abang tapi abangg buat tak tahu kat adik.
“Abang cakap “Abang takkan lupakan adik dari kecil sampai besar kita gurau gaduh selalu ada tapi sekarang kita tak macam dulu lagi. Kita dah berpisah dengan kejayaan dan abang akan ada sentiasa dengan adik”.
“Rindu yang tidak terubat dekat abang banyak benda nak bercerita, dia lah kawan dia lah abang dia lah segalanya. Sayang abang dunia akhirat, tahniah abang,” ujarnya.
Dalam pada itu, video tersebut memperlihatkan remaja itu akhirnya dipeluk dan dikucup oleh abangnya setelah terpaksa menanti selama enam bulan setelah saudara kandungnya itu tamat latihan dalam badan beruniform terbabit.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya sebak melihat perkongsian itu dan mendoakan agar hubungan kasih sayang antara mereka berdua berkekalan hingga ke syurga.
Malah ada juga warganet yang memuji kerana tidak malu meluahkan perasaan yang terbuku diantara mereka berdua dan berharap mereka kekal berkasih sayang buat selamanya.
Air dicincang takkan putus
Terpaksa berpisah sebab kerjaya
Berjaya didik dengan kasih sayang
Artikel lain: Dua Beradik Tolak Kerusi Roda Bapa Di Bawah Terik Matahari Cetus Sebak
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 998,000 tontonan dan lebih 77,000 tanda suka.
