Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Aaron-Wooi Yik Kembali Rebut Status Beregu Lelaki No.1 Malaysia

Gandingan beregu lelaki negara, Aaron-Wooi Yik kembalik merampas status sebagai pasangan nombor satu Malaysia selepas kemas kini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Aaron-Wooi Yik jadi harapan utama Malaysia

Menurut laporan Harian Metro, pasangan yang kini berada di ranking kedua dunia itu menggantikan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang turun ke kedudukan ketiga dunia susulan kekalahan mereka di pentas akhir Terbuka Jepun pada Ahad lalu.

Aaron-Wooi Yik

Foto: Carian Google

Ranking dunia kini diterajui pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang melonjak ke tempat pertama selepas menundukkan Sze Fei-Izzuddin di perlawanan akhir kejohanan di Tokyo.

Meskipun Aaron-Wooi Yik tersingkir awal di Terbuka Jepun, mereka kekal menjadi harapan utama Malaysia dalam kejohanan berprestij seperti Terbuka China yang bermula hari ini.

Artikel lain: Malaysia Cipta Kejuaraan Berganda, Aaron-Wooi Yik Dan Pearly-Thinaah Juara Terbuka Thailand

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang mara ke separuh akhir di Jepun naik dua anak tangga ke ranking ke-28 dunia, manakala Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong turut mencatat peningkatan satu anak tangga ke kedudukan ke-25.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula terus konsisten sebagai beregu ketiga terbaik negara dengan kekal di ranking ketujuh dunia, diikuti Wan Arif Junaidi-Yap Roy King yang berada di tangga ke-24.

Aaron-Wooi Yik

Foto: thesun

Bagi acara beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah kekal menghuni tiga teratas dunia walaupun sekadar muncul naib juara di Terbuka Jepun. Sementara itu, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing kini berada di ranking ke-22 dunia.

Dalam saingan perseorangan lelaki, prestasi Leong Jun Hao sedikit merosot apabila turun dua anak tangga ke ranking ke-26 dunia, manakala Lee Zii Jia terus tergelincir ke kedudukan ke-33 susulan kecederaan buku lali yang memaksanya berehat sejak Mac lalu.

Namun begitu, Zii Jia masih memiliki perlindungan ranking kesembilan dunia yang membolehkan beliau menyertai kejohanan Jelajah Dunia apabila kembali pulih sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Aaron-Wooi Yik

Foto: Harian Metro

Untuk kategori beregu campuran, tiada perubahan ketara direkodkan. Pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kekal di ranking keempat dunia, diikuti Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (keenam), dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin (ke-13).

Sumber: Harian Metro (Ferzalfie Fauzi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd