Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AADK Anjur SSPDK 2024, Banteras Gejala Penagihan Dadah Bersama Semua Pihak

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) anjur Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024 sebagai platform membincangkan tiga teras agensi itu dengan mengetengahkan tema ‘Perkara Sinergi, Perkukuh Solidariti’.

Penganjuran SSPDK2024 telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada Rabu.

Penganjuran keenam itu telah memartabatkan jaringan dan kerjasama antara semua pihak baik kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemegang taruh dan komuniti untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, simposium ini juga sebagai platform pelbagai pihak berganding bahu dan bersama-sama membanteras gejala penagihan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“SSPDK 2024 diadakan untuk menyediakan platform utama dalam bidang permintaan dan penawaran dadah seperti pengamal pemulihan, pengamal pencegahan, pegawai penguatkuasaan, kaunselor, pegawai perubatan dan  penyedia perkhidmatanrecovering persons,  pengamal undang-undang, ahli akademik, sukarelawan.
“Selain itu, pemimpin komuniti dan NGO, pegawai jabatan dan agensi yang melaksanakan Dasar Dadah Negara serta pembuat dasar dan polisi untuk berhimpun, bertemu, saling berkongsi penemuan baharu berasaskan pembuktian atau bertukar-tukar pengalaman dan amalan terbaik masing-masing dalam kerja mereka yang terkini,” kata AADK dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Isu Berkaitan Kanak-Kanak Peluk Islam, Ucapan Firdaus Wong Disiasat

Sementara itu, SSPDK2024 juga menyediakan empat trek selari yang membabitkan tajuk pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan dan keselamatan serta komuniti dengan dua kertas pembentangan kajian bagi setiap trek.

Selain itu, dua kertas pembentangan turut diadakan dengan tajuk Pembangunan Indeks Antidadah Kebangsaan (IADK) dan Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidariti.

Malah, AADK telah mengumpul 200 mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta bagi menyatakan solidariti anak muda di IPT mengenai dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd