Anak perempuan kepada bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan menjadi bualan ramai apabila dia diumumkan menjadi wajah baharu untuk jenama kosmetik terkemuka, Maybeline.
Menurut laporan Astro Awani, Suhana merupakan salah seorang daripada empat orang model baharu yang terpilih menjadi duta jenama syarikat gergasi tersebut.
Menurut Suhana, perlantikan itu merupakan salah satu penghormatan baginya kerana dia juga merupakan pengguna setia produk tersebut.
“Adalah satu penghormatan untuk menjadi duta jenama Maybelline selepas menjadi pengguna setia produk mereka, setiap satunya adalah menakjubkan,” kata Suhana.
Bukan itu sahaja, bapanya, Shah Rukh Khan turut tumpang gembira serta bangga dengan pencapaian anak perempuannya itu dengan memuat naik sebuah video majlis pengumuman dengan berlatar lagu Kal Ho Naa Ho.
“Tahniah atas pelantikan sebagai duta Maybelline, anakku. Bijak berpakaian, bijak bercakap. Syabas dan jika saya boleh mengambil kredit, dia juga dibesarkan dengan baik!” tulis Shah Rukh Khan di Instagram.
Sekadar info, Shah Rukh Khan telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Gauri dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata dan Suhana merupakan anak kedua.
Sumber: Astro Awani