Ahli gusti terkenal Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali sebagai Shaukat telah melakar sejarah apabila dia berjaya menyertai Reality of Wrestling yang dikendalikan oleh Booker T di mana dia tampil memakai tanjak yang simbolik dengan pahlawan Melayu.
Susulan daripada kejayaannya itu, legenda sukan gusti profesional, Undertaker yang juga merupakan individu yang memberikan inspirasi kepada Shaukat untuk menyertai sukan tersebut telah memberikan pesanan khas kepadanya menerusi sebuah video pendek.
@coachshaukat Baik Undertaker, tolong jangan tombstone saya 🙏 #viral #malaysiaviral #fyp #indonesiaviral #prowrestler #prowrestling #wwe
Dalam video tersebut, Undertaker memberi kata-kata tahniah atas pencapaian yang dirangkul oleh Shaukat selepas menjadikan legenda sukan itu sebagai idolanya untuk menjadi seorang ahli gusti sehingga mendapat gelaran sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara.
Bukan itu sahaja, Undertaker turut memberi amaran kepada lelaki berusia 34 tahun itu supaya tidak mencari masalah dengannya dan ucapannya itu telah disambut baik malah Shaukat tidak sama sekali gentar amarannya.
Selain berjaya dalam menempah nama di persada Asia Tenggara, Shaukat turut berjaya membuka sebuah syarikat gusti di bawah namanya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Bagaimanapun, rata-rata warganet berbangga dan menitipkan ucapan tahniah buat Shaukat atas kejayaan yang dikecapinya selama 13 tahun dalam industri gusti tanah air.
Malah, warganet turut mendakwa bahawa kejayaan yang dihasilkan oleh Shaukat membuktikan bahawa Malaysia mempunyai bakat serta peluang besar dalam dunia wrestling. Bahkan, segelintir warganet terhibur dengan ucapan yang diberikan oleh ahli gusti hollywood itu.
Sumber: TikTok (Coachshaukat)