Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

4 Mangsa Termasuk Bayi 11 Bulan Masih Hidup Selepas Pesawat Terhempas Di Amazon

Dunia pernah digemparkan dengan kehilangan empat orang kanak-kanak termasuk seorang bayi yang berusia 11 bulan selepas pesawat mereka terhempas di Amazon ditemui masih hidup oleh pasukan penyelamat.

Menurut laporan The Mirror, empat orang kanak-kanak itu yang berusia 13, 9, 4 tahun dan bayi 11 bulan telah hilang selama 40 hari diselamatkan oleh tentera dekat sempadan antara wilayah Caqueta dan Guaviare di Colombia, berhampiran lokasi kejadian.

Menceritakan kembali kejadian yang sudah berlaku kira-kira lima minggu lalu,  pesawat Cessna 206 membawa tujuh tujuh orang dalam laluan antara Araracuara, di wilayah Amazonas, dan San Jose del Guaviare, sebuah bandar di wilayah Guaviare.

Bagaimanapun, pesawat terbabit telah mengeluarkan amaran kecemasan selepas mengalami kegagalan enjin di udara yang menyebabkan ia terhempas dalam hutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden tersebut telah menyebabkan tiga orang dewasa termasuk juruterbang dan ibu kanak-kanak berkenaan, Magdalena Mucutuy maut dan mayat mereka ditemui di dalam pesawat. Difahamkan, mangsa yang terselamat telah melarikan diri dari kawasan kejadian untuk mencari bantuan.

Susulan berita kehilangan tersebut, pasukan penyelamat dengan bantuan anjing pengesan sebelum ini menemui buah terbuang yang dipercayai dimakan kanak-kanak menjadi bukti kuat bahawa mangsa masih hidup di tempat perlindungan yang dibuat oleh mereka.

Ketua kumpulan Guanano di Vaupes di bahagian tenggara Colombia, John Moreno memaklumkan kanak-kanak itu dibesarkan oleh nenek mereka dan menggunakan “ilmu nenek moyang” untuk bertahan bersendirian di dalam hutan.

Sumber: Mirror (Chiara Fiorillo)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd