Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

1 Ogos Tarikh Akhir untuk KKM Laksana Waktu Bekerja 45 Jam Seminggu bagi Jururawat

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi lanjutan terakhir selama dua bulan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan waktu bekerja 45 jam seminggu bagi jururawat di wad hospital.

Menurut laporan Free Malaysia Today, dalam satu surat rasmi yang dikemukakan kepada Ketua Setiausaha KKM semalam, JPA menetapkan tarikh baharu pelaksanaan sistem waktu kerja tersebut bermula 1 Ogos 2025.

Foto: FMT

JPA turut mengesahkan bahawa tida lagi lanjutan akan diberikan selepas tempoh ini.

Menerusi sepucuk surat rasmi yang dikemukakan kepada Ketua Setiausaha KKM semalam, JPA menetapkan tarikh baharu pelaksanaan sistem waktu kerja tersebut bermula 1 Ogos 2025. JPA turut menegaskan bahawa tiada lagi lanjutan akan diberikan selepas tempoh ini.

“Setelah tamat tempoh interim ini, KKM hendaklah memastikan waktu bekerja syif dilaksanakan sepenuhnya mengikut pekeliling JPA dan peraturan kerajaan yang sedang berkuat kuasa,” menurut surat itu.

Walaupun tempoh lanjutan diberi, JPA menjelaskan bahawa fasiliti kesihatan yang telah bersedia dengan pelan pelaksanaan waktu kerja baharu boleh melaksanakannya lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semoga dengan kelulusan ini membolehkan kementerian merangka dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perlaksanaan waktu bekerja syif adalah teratur dan mengikut peraturan yang berkuatkuasa,” ujarnya.

Foto: Carian Google

Sebelum ini, JPA telah meluluskan moratorium selama tiga bulan bermula 1 Disember tahun lalu untuk memberi ruang kepada hospital membuat persediaan dan tempoh itu kemudiannya dilanjutkan dua kali  dari 1 Mac hingga 31 Mei, dan sekali lagi sehingga 1 Jun.

Namun, keputusan untuk menambah tiga jam kerja mingguan bagi jururawat menerima bantahan daripada Kesatuan Jururawat Malaya, yang menyatakan bahawa jururawat wad sudahpun berdepan tekanan tinggi dengan waktu bekerja sedia ada iaitu 42 jam seminggu.

Sumber: FMT (K.Parkaran)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd