Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

MrBeast ‘Tanam’ Diri Dalam Keranda Bawah Tanah Selama Seminggu

YouTuber popular Amerika Syarikat (AS), MrBeast sekali lagi membuat kerja gila selepas ‘mengebumikan’ dirinya dalam keranda di bawah tanah selama seminggu.

Dalam satu muat naik di YouTube, MrBeast menyahut cabaran untuk ‘menanam’ dirinya seperti watak Black Mamba lakonan Uma Thurman dalam filem Kill Bill yang menghabiskan tujuh hari di bawah tanah.

“Jangan cuba di rumah,” kata MrBeast sebelum memulakan cabaran tersebut.

Cabaran itu sangat berbahaya dan sebagai langkah berjaga-jaga, rakan-rakan MrBeast akan sentiasa berada dekat dengan kuburnya.

Selain itu, MrBeast atau nama sebenar Jimmy Donaldson juga memegang walkie-talkie untuk berhubung dengan mereka sekiranya sesuatu buruk berlaku.

Keperluan asas seperti makanan dan minuman sepanjang cabaran berkenaan juga telah disediakan di dalam keranda sebelum dia ‘dikurung’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Youtuber berusia 25 tahun itu dan rakan-rakannya juga telah memasang beberapa buah kamera kecil di dalam keranda tersebut bagi merakam keadaan di dalam.

“Saya mempertaruhkan nyawa saya kepada keranda ini untuk tujuh hari akan datang. Mari berdoa agar ia tidak pecah sepanjang cabaran ini,” katanya.

Tambahnya, dia akan meluangkan masa dengan tidur kerana hanya dengan cara tersebut, YouTuber itu tidak memikirkan dirinya yang terperangkap.

“Saya akan mengharungi cabaran ini dengan cara banyakkan tidur supaya saya tiada masa untuk  berfikir saya terperangkap dalam kotak ini,” ujarnya.

Cabaran terbabit agak sukar sehinggakan MrBeast hampir berputus asa dan menangis beberapa kali ketika berada di dalam kerandanya di bawah tanah.

Ketika menghampiri penghujung cabaran, MrBeast bimbang sama ada dia boleh berdiri ataupun tidak kerana telah berbaring selama tujuh hari.

Mujurlah, YouTuber tersebut terselamat daripada tanpa mengalami sebarang kecederaan walaupun dia kelihatan agak tertekan pada penghujung hari.

Sekadar info, MrBeast terkenal dengan sikap dermawannya walaupun sering mencetuskan kontoversi yang hampir menyebabkan kehilangan kerjanya sebagai seorang YouTuber.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti baru-baru ini, YouTuber itu telah membiayai pembinaan 100 buah telaga di seluruh Afrika bagi menyediakan bekalan air bersih kepada kira-kira setengah juta penduduk.

Namun begitu, ramai pengkritik menuduh MrBeast membiayai projek tersebut bagi mendapatkan lebih banyak wang daripada kandungan yang diciptanya.

Tonton video penuh:

Sumber: YouTube MrBeast

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim mempersoalkan kewajaran keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mengambil keputusan untuk menutup kesemua premis perniagaan pada 1 Syawal. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd