Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MP Kluang Dilantik Sebagai Pengerusi TalentCorp Baharu

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengumumkan pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah mereka yang baharu pada hari ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, barisan ahli lembaga pengarah yang baharu dilantik itu akan membawa perspektif baharu dan strategi inovatif bagi membangunkan ekosistem bakat Malaysia melalui inisiatif TalentCorp.

Foto: FB Talentcorp Malaysia

“Pelantikan ini mencerminkan kepentingan berterusan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik KESUMA.
“Berdedikasi untuk menarik, memupuk, dan mengekalkan bakat Malaysia untuk terus maju dalam landskap yang berkembang pesat kerana tuntutan Masa Depan Kerja dan peningkatan globalisasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, TalentCorp mengumumkan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi sebagai pengerusi baru lembaga pengarah berkuat kuasa hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau mempunyai lulusan ijazah berganda dalam Kewartawanan dan Sains Politik dari Universiti Chengchi Nasional di Taiwan, dan Sarjana dalam Pengurusan Awam dari Universiti Nasional Singapura.

Foto: FMT

“Timbalan Pengerusi yang dilantik ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar. Beliau telah berkhidmat dengan Bank Mualamat Malaysia selama lebih 14 tahun.
“Beliau telah memegang pelbagai jawatan ahli lembaga pengarah dan pengerusi, serta pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022,” ujar Steven Sim

TalentCorp juga memaklumkan barisan terbaharu ahli Lembaga iaitu Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Datuk Luqman Ahmad, Dr. Emelia Fantoza Saraih, Datuk Seri Sr. Md Alwi Che Ahmad, Jasmine Begum, Jufitri Joha, Maniam Arumugam, Mohd Farid Shah Mohd Basir, R. Nathan P. Rajoo, Ramamoorthy Ganapathy Iyer, Heng Charng Yee, Dr. Arsiah Bahrun @ Bahron dan Raja Hamzah Abidin Raja Nong Chik.

TalentCorp menjelaskan, di bawah pengawasan Ahli Lembaga Pengarah baharu dan bimbingan barisan kempimpinan utamanya, TalentCorp komited untuk membangunkan bakat dan menyumbang ke arah mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan untuk bakat global terkemuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Kos liang lahad bagi lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis akan ditanggung menggunakan dana...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd