Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOT Longgar Syarat Kelayakan Mohon Lesen B Penuh, Akur Dengan Aduan Pemohon

Kementerian Pengangkutan (MOT) akur bagi melonggarkan salah satu syarat kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B selepas menerima reaksi pelbagai daripada orang ramai.

Foto: Carian Google

Menurut laporan Utusan Malaysia, menterinya Anthony Loke berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan untuk memenuhi kelayakan dengan hanya perlu mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 yang sah dan telah dipegang selama minimum 10 tahun.

“Syarat itu dilonggarkan serta-merta dan orang ramai boleh membuat semakan semula di aplikasi MyJPJ. Namun, proses itu akan ambil masa disebabkan perubahan dalam sistem.
“Syarat itu dilonggarkan ekoran keluhan orang ramai yang mendakwa tidak layak menyertai program itu,” katanya dalam satu sidang akhbar pada Rabu.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelonggaran syarat itu berkuat kuasa serta-merta dan orang ramai boleh membuat semakan di aplikasi MyJPJ, walaupun proses pengemaskinian sistem mungkin mengambil sedikit masa.

Keputusan ini diambil selepas perbincangan dengan Ketua Pengarah JPJ, dengan mengambil kira aduan orang ramai.

Antara faktor yang dipertimbangkan ialah kesukaran sesetengah pemegang lesen untuk memperbaharui lesen mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

Sebelum ini, pihak kementerian menetapkan syarat individu perlu memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat lain seperti keperluan bebas dari senarai hitam dan tiada tunggakan saman kekal tidak berubah.

“Namun, bagi mereka yang ingin mengikuti program itu mereka boleh terus ke institusi latihan memandu jika melepasi kelonggaran kelayakan baharu itu,” ujarnya.

MOT akan terus mengemaskini syarat-syarat program ini pada masa hadapan untuk membolehkan lebih ramai pemohon mendapat manfaat daripadanya.

Orang ramai diminta bersabar sementara sistem dikemaskini untuk mengambil kira perubahan syarat baharu ini. Semakan kelayakan boleh dibuat di aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my), atau kaunter JPJ.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Husni Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd