Kisah pasangan suami isteri ini menncuri perhatian dan sangat menyentuh hati apabila si suami sanggup mengadakan semula majlis pernikahan demi menghidupkan kembali memori isterinya yang hilang akibat kemalangan.
Demi cinta untuk isteri
Menerusi perkongsian di TikTok storie.my, wanita berkenaan sebelum ini telah mengalami koma susulan kemalangan dan kehilangan ingatan sehingga tidak lagi mengenali suami serta anak-anaknya.
Atas dasar cinta, lelaki berkenaan nekad untuk “kahwin semula” dengan isterinya bagi mencipta kenangan baharu untuk mereka berdua.
“Saya nak kahwin semula dengan isteri saya. 8 tahun dulu dia mengalami kemalangan dan kebanyakkan memori dia telah hilang.
Anak-anak dan diri saya pun dia dah lupa,”
“Bila isteri saya tak ingat saya, saya sangat risau. Tak boleh digambarkan jika kehilangan orang yang kita sayang,” katanya.
@storie.my Storie of you #1 – This man married his “second wife” #storiemy #Malaysia #storieofyou #love
Advertisement. Scroll to continue reading.
Rakam momen bahagia di hari ulang tahun perkahwinan
Susulan daripada itu, lelaki berkenaan mengambil inisiatif merakam momen bahagia tersebut termasuk turut membuat persiapan rapi, membeli semula cincin yang sama seperti pernikahan pertama serta merancang kejutan istimewa buat isterinya.
“Saya beli cincin yang sama ketika kami bernikah. Disebabkan kemalangan, jarinya juga sudah semakin kurus. Hari ini saya memang nak beri kejutan supaya dia gembira dan saya ingin bangkitkan semula memori dia,” katanya.
Bukti sangat sayangkan isteri
Dalam kejutan berkenaan, lelaki terbabit menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah sebagai bukti bahawa dia sangat menyayangi isterinya dan mengucapkan terima kasih kepada wanita kesayangannya kerana menjadi seorang bidadari syurga untuknya.
“Ini bukti yang saya sayang awak. Terima kasih kerana jadi isteri yang solehah. Sehingga kini, saya nak beri hati saya pada dia. Semua orang akan meninggalkan kita tetapi biarlah kami bersama sehingga ke syurga,” kongsinya.
Dalam masa sama, si isteri turut berkongsi pengalamannya selepas sedar dari koma yang membuatkan dia tidak mengenali suaminya, namun tetap yakin dengan pilihan hatinya.
“Saya masih pakai pampers macam bayi. Waktu saya sedar dari koma, saya tak kenal dia. Dia jaga saya sebaiknya. Saya tak salah pilih dia sebagai suami saya,” katanya.
Semoga hubungan mereka kekal hingga ke Jannah
Momen tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terharu melihat video berkenaan apabila menyedari bahawa betapa besarnya cinta antara mereka.
Warganet juga mendoakan rumah tangga pasangan tersebut terus bahagia hingga ke syurga dan mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesembuhan agar dapat menikmati hari-hari yang cukup menggembirakan bersama keluarga tersayang.
Dia pilih untuk terus membahagiakan
Sumber: TikTok storie.my







































