Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOT Guna Pakai Sistem Pengurusan Antirasuah, Elak Salah Guna Kuasa

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) guna pakai sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) selepas berjaya melepasi Audit Pensijilan MS ISO 37001:2016 dari pihak NIOSH Certification Sdn Bhd.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pensijilan itu dijangka akan diberi pada penghujung tahun ini dalam usaha mengekang dan meminimakan perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam kementerian itu.

MOT guna pakai Sistem Pengurusan Antirasuah

“Dalam hal ini, saya mengucapkan tahniah dan syabar kepada Datuk KSU, Unit Integriti selaku urusetia dan penyelaras ABMS MOT.
“Ucapan tahniah juga saya berikan kepada empat Bahagian yang terlibat dengan pensijilan tersebut iaitu Bahagian Perolehan dan Kewangan, Bahagian Maritim, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,” katanya.

Loke berkata demikian pada Majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2023 di Putrajaya hari ini.

Artikel lain: Sistem I-Lesen Tingkatkan Perkhidmatan Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negara 

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) atas kejayaan membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2022-2026 dengan kerjasama Institut Integrisi Malaysia (IIM).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelan OACP RAC yang akan dilancarkan hari ini menggariskan 20 pelan tindakan di bawah empat bidang utama.
“Bidang tersebut ialah Bidang Khidmat Pengurusan, Bidang Pentadbiran Polisi dan Penguatkuasaan, Bidang Kewangan, Audit, dan Kawal Selia Aset dan Bidang Komersial dan Pembangunan,” ujarnya.

Tambah Loke, difahamkan RAC berjaya melaksanakan 80% daripada keseluruhan pelan tindakan yang dirancang di bawah objektif OACP RAC.

Pelan tersebut akan menjadi rujukan dan panduan kepada warga kerja RAC serta pihak berkepentingan bagi memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi itu.

“Dengan adanya pelan ini, setiap aktiviti yang dilakukan akan sentiasa mematuhi peraturan serta bebas daripada salah guna kuasa dan penyelewengan,” katanya.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd