Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOSTI Adakan Demonstrasi Penggunaan MHRU Dan Toyota Mirai

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadakan Sesi Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit (MHRU) dan Kenderaan Toyota Mirai di Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pagi ini.

Menurut satu kenyataan, MOSTI berkata langkah itu dibuat susulan pemeteraian Dokumen Kerjasama Projek Mobile Hydrogen Refueling Station (MHRS) di antara rakan industri tempatan sempena World Renewable Energy Congress (WREC) pada Julai 2023.

Foto: FB MOSTI

“MOSTI mengorak langkah awalan melalui kerjasama dengan UMW Toyota Motor Sdn Bhd dalam mengetengahkan potensi mobiliti hidrogen, khususnya di Semenanjung Malaysia.
“MHRS dijadualkan akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini,” kata MOSTI.

Majlis sesi demonstrasi tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MOSTI juga berkata, majlis itu diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pemegang taruh, terutamanya dalam ekosistem teknologi peralihan tenaga dan hidrogen, serta masyarakat berkenaan mobiliti hidrogen melalui penggunaan MHRU.

Foto: FB MOSTI

“Sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) dalam usaha memacu teknologi ke arah transisi tenaga lebih bersih berasaskan hidrogen,” ujarnya.

Tambah kementerian tersebut, MHRU merupakan teknologi pengisian semula hidrogen ke dalam kenderaan dengan hidrogen menggantikan bahan api fosil dan bersifat mudah-alih yang membolehkannya dipindahkan ke lokasi yang berbeza mengikut keperluan semasa.

“Kenderaan yang digunakan ialah Toyota Mirai, iaitu kenderaan jenis elektrik sel bahan api (Fuel Cell Electric Vehicle – FCEV) yang menjana elektrik menggunakan hidrogen untuk pemacuan kenderaan, dengan air sebagai hasil sampingan tanpa sebarang pelepasan karbon.
“‘Mirai’ adalah perkataan Jepun yang bermaksud ‘masa depan’ dan Toyota Mirai generasi kedua ini mempamerkan inisiatif konsisten pihak syarikat dalam memacu teknologi FCEV untuk mencapai sasaran penyahkarbonan mobiliti,” tambahnya.

Foto: FB MOSTI

Advertisement. Scroll to continue reading.

MOSTI turut memberitahu pelaksanaan MHRU dan MHRS adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang telah direncanakan melalui HETR untuk pembangunan kapasiti dan pelaburan modal insan di sepanjang rantaian nilai ekonomi hidrogen, khususnya mobilit rendah karbon.

“Usaha ini juga adalah selaras dengan sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) dan aspirasi Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB),” ujarnya lagi.

Untuk makluman, MOSTI komited untuk menjadikan Malaysia di kalangan negara ekonomi terkemuka dunia melalui pemacuan teknologi dan mencapai sasaran penyahkarbonan global menjelang tahun 2050.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd