Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Buka Penyertaan Buat Peserta Beragama Islam

Pertandingan kecantikan terbesar, Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta yang beragama Islam.

Pengarah Nasional MUMO baharu, Eleen Yong berkata, pihaknya sangat menghormati semua agama dan kepercayaan serta setiap batasan yang digarisnya di dalam sesuatu agama tersebut.

Foto: Instagram @missuniversemalaysia

“Kami ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi,” katanya menerusi sebuah video di laman Instagram Majalah Remaja pada Khamis.

Sementara itu, Eleen juga mengumumkan syarat-syarat penyertaan baharu yang dilaksanakan MUMO bagi setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ratu cantik pada tahun ini, iaitu memansuhkan had umur maksimum dan penerimaan wanita yang berkahwin, bergelar ibu dan yang sudah bercerai ke dalam pertandingan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peraturan terdahulu mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.
“Visi kami adalah untuk memperkasakan dan meraikan wanita-wanita luar biasa di Malaysia, mempamerkan bakat, kecerdasan, dan kecantikan mereka di pentas global.

Foto: Instagram @missuniversemalaysia

“Kami percaya pada kekuatan platform ini untuk mengubah kehidupan dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan,” tambah beliau lagi.

Untuk makluman, pendaftaran untuk menyertai pertandingan ratu cantik secara dalam talian kini sudah dibuka dan pihak MUMO juga akan mengadakan uji bakat yang dijalankan secara fizikal tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Remaja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd