Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Miss Croatia Kecewa, Dikritik Berpakaian Tak Sopan Sewaktu Hadir Menonton Piala Dunia di Qatar

Seorang bekas Miss Croatia dikenali Ivana Knoll dikritik warganet kerana berpakaian tidak sopan di sekitar ibu kota Qatar, Doha pada minggu ini selepas dia berkongsi imej berbikini.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Ivana digelar peminat ‘paling seksi’ Piala Dunia 2022 sambil menayangkan aset tubuhya di kawasan persisiran pantai.

View this post on Instagram

A post shared by Ivana Knöll (@knolldoll)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu dikatakan melampaui batas kerana melanggar undang-undang kesopanan negara tuan rumah yang majoritinya berpegangan teguh pada ajaran Islam.

Walaupun dikritik hebat kerana tidak menghormati adat masyarakat di sana, wanita berusia 30 tahun itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda berputus asa. Sebaliknya, terus berkongsi gambar seksi bertemakan Croatia di laman Instagram miliknya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu,ramai mengatakan tindakannya mempamerkan lekuk tubuh di sepanjang kejohanan terutama perlawanan negaranya, Croatia menentang Maghribi dengan menutup bahagian kepalanya dengan hoodie yang dilihat persis tudung adalah keterlaluan.

Bukan itu sahaja, bahkan dia juga berpakaian mencolok mata semasa pertembungan England menentang Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Difahamkan, Ivana yang juga seorang personaliti media sosial kini berdepan dengan hukuman penjara memandangkan wanita itu telah melanggar etika pemakaian untuk pelancong sewaktu berlansungnya acara Piala Dunia 2022 di negara berkenaan.

“Pelancong lelaki dan juga wanita perlu menunjukkan rasa hormat terhadap budaya tempatan dengan mengelakkan diri daripada berpakaian mencolok mata di khalayak ramai,”ujar pihak berkuasa pelancongan Qatar.

Mengulas lanjut, pegawai berkenaan memberitahu secara amnya pelancong dari luar disyorkan untuk memastikan bahu dan lutut mereka dilindungi dan elak didedahkan kepada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak berpuas hati dengan layanan diterima, Ivana menyifatkan penganjuran Piala Dunia pada tahun ini adalah ‘paling buruk’ dalam sejarah pernah berlaku kerana tidak memberikan kebebasan kepada penonton luar sepertinya.

“Ini adalah bencana. Saya menyesal dengan semua orang kerana ia organisasi terburuk dalam sejarah.
“Awalnya,  saya tidak mendapat visa Qatar walaupun selepas 20 hari dan mempunyai semua tiket ke final,”katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @knolldoll, dailystar

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd