Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Minta Latihan Bertinju, Khabib Tolak Permintaan Elon Musk Mentah-Mentah

Baru-baru ini, bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dikatakan tidak mahu melayani permintaan manusia paling kaya di dunia, Elon Musk untuk melatih seni bela diri campuran (MMA).

Sebelum ini, semua pihak dimaklumkan Elon Musk bakal bertarung tenaga bersama pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam gelanggang MMA.

Walaupun tarikh masih belum ditetapkan lagi, Musk telah bersetuju pertarungan itu disiarkan secara langsung di platform media sosial X sekiranya ia menjadi kenyataan.

Menurut Agensi berita Rusia, TASS yang memetik sumber rapat Khabib memaklumkan Musk telah menghubungi Khabib supaya diberi tunjuk ajar mengenai MMA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, permintaan tersebut telah ditolak mentah-mentah Khabib kerana mempunyai perbezaan prinsip kehidupan.

“Khabib hanya melatih saudara, rakan rapat dan rakan sepasukan di AKA (American Kickboxing Academy) yang berpangkalan di San Jose, California.
“Imej bersihnya juga mungkin sedikit tercalar jika melatih Musk yang terkenal dengan sikap berfoya-foya serta tidak lekang dengan alkohol dan dadah,” katanya.

Terdahulu, Musk mencabar  Zuckerberg bertarung dalam gelanggang MMA selepas CEO Meta itu melancarkan aplikasi Threads yang memberi persaingan yang hebat terhadap X.

Tanpa berdiam diri, Zuckerberg menerima pelawaan Musk kerana dia adalah seorang pengamal jiu-jitsu dan sering berlatih dengan jaguh UFC antaranya George St Pierre, Israel Adesanya dan Alex Volkanovski.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd