Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Teliti Keperluan Beli Helikopter Baharu, Bukan Sewa

Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu mengkaji keperluan untuk membeli terus helikopter baharu untuk kegunaan Tentera Darat (TDM), bukannya menyewa seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Foto: Facebook Khaled Nordin

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, tindakan tersebut akan mengambil tempoh masa lebih lama kerana ketiadaan helikopter tersedia mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

“Kita perlu faham usaha mendapatkan satu-satu perolehan aset memakan masa. Di dalam konteks helikopter Black Hawk yang ingin diperolehi TDM, mereka perlu buat kajian untuk dapatkan helikopter yang mengikut spesifikasi dikehendaki.
“Kita perlu faham usaha mendapatkan satu-satu perolehan aset memakan masa. Di dalam konteks helikopter Black Hawk yang ingin diperolehi TDM, mereka perlu buat kajian untuk dapatkan helikopter yang mengikut spesifikasi dikehendaki.
“Saya percaya ini (dapatkan helikopter) sedang diusahakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serahan Zakat Wakalah Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) di Masjid Muhajirin, Masai pada Ahad.

Pada 6 November lalu, Mohamed Khaled memaklumkan MINDEF telah mengemukakan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat kontraktor yang gagal membekalkannya bagi kegunaan TDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Khairul Mohd. Ali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd