Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Bersedia Hantar ATM, Bantu Urus Keselamatan Pelajar Di Timur Tengah

Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia untuk menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah bagi membantu mengurus dan menjaga keselamatan semua pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel yang berlaku sejak minggu lalu.

Menerusi satu laporan Bernama, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, ATM sentiasa bersiap siaga dan akan berbincang dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkembangan semasa situasi di Timur Tengah.

Foto: Astro Awani

“Kalau ada keperluan permohonan bantuan, MINDEF akan berikan namun buat masa ini, MINDEF tidak menerima sebarang permohonan.”
“Kami akan terus berkomunikasi dan bekerjasama termasuk dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan pelajar yang terlibat adalah di bawah kementerian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Sambutan Hari Raya MADANI di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Adly turut mengulas mengenai kebajikan yang akan diberikan kepada veteran ATM di mana pihaknya akan terus membantu mereka menerusi Sistem Vibes 2.0 yang dikemas kini oleh persatuan berkenaan data golongan veteran tersebut.

Foto: Google

“Terdapat 212,000 ahli yang berpencen dan tidak berpencen di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran dan tidak timbul isu keciciran bantuan kepada mereka.
“Sejumlah 27,000 daripada 41,000 veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 sebulan berdasarkan paras garis kemiskinan pada kadar RM1,196,” ujar beliau.

Untuk makluman, Iran melancarkan serangan ke atas Israel melalui serangan Tehran berikutan tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyrik pada awal bulan ini.

Sebanyak 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel dilancarkan Iran bermula hujung minggu lepas namun kebanyakannya telah dipintas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Israel juga melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Tehran pada Jumaat minggu lepas.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd