Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Michelle Yeoh Sedih Tidak Dapat Lahirkan Zuriat Sendiri

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah berkongsi pengalaman peribadinya mengenai ketidakupayaan untuk memiliki anak kandung.

Foto: Instagram Michelle Yeoh

Menurut laporan theSun, Michelle mendedahkan bahawa semasa perkahwinannya dengan usahawan Hong Kong dan pengerusi Dickson Concepts, Dickson Poon, beliau mendapati dirinya tidak dapat melahirkan zuriat sendiri.

Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1991, namun Yeoh masih kekal sebagai ibu angkat kepada anak sulung Poon.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mungkin itu kesedihan terbesar dalam hidup saya, kerana saya tidak boleh mempunyai cahaya mata,” katanya.

Walaupun begitu, Yeoh menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang penyesalan kerana telah memberikan 110 peratus dalam segala usahanya.

Yeoh kini mempunyai enam anak angkat, serta ramai anak saudara.

Beliau berkongsi falsafah hidupnya bahawa kadangkala kita perlu melepaskan sesuatu untuk bergerak ke hadapan.

“Dalam hidup, kita katakan, anda tidak perlu berpegangan tangan seperti ini, anda perlu belajar untuk melepaskan, dan kadang-kadang melepaskan membantu anda bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Foto: Instagram Michelle Yeoh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun lalu, Yeoh mendirikan rumah tangga dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari, Jean Todt dan Januari tahun ini, beliau meraikan status baharunya sebagai nenek tiri kepada anak anaknya.

Sumber: theSun

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd