Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Michelle Yeoh Menang Trofi SAGs Award, Teruja Hingga Terkeluar Kata2 Kesat

Tan Sri Michelle Yeoh yang merupakan pelakon kelahiran Perak sekali lagi membanggakan Malaysia apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Screen Actor Guild (SAG). 

Lembih membanggakan trofi tersebut adalah pertama kali diperoleh sepanjang perjalanannya bergelar anak seni.

Trofi yang sangat bernilai

Difahamkan, kejayaan yang diperoleh adalah dari filem Everywhere All At Once merupakan sangat bernilai buat selebriti berusia 60 tahun itu apabila menjadi pelakon Asia pertama menggenggam trofi SAGs dalam bidang lakonan.

Semua teruja sama!

Kemenangannya dalam kategori tersebut begitu mengujakan sehingga produksi filem yang berada di meja melompat kegirangan termasuklah barisan calon-calon yang turut tersenarai dalam kategori sama.

Disebabkan itu, Michelle dilihat tidak dapat mengawal kata-kata kerana begitu terkejut dan teruja sehingga terkeluar kata-kata kesat sewaktu ingin membuat ucapan.

Semua ‘sempoi’ gelak2 saja

Walau bagaimanapun, kata-kata Michelle disambut dengan gelak tawa hadirin kerana faham bahawa beliau begitu terkejut dan tidak sangka bakal memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik SAGs itu.

“Saya rasa jika saya mula bercakap, hati saya akan ‘meletup’.
“SAG-AFTRA, untuk memperolehi trofi ini daripada anda yang memahami nilai sebenar untuk berdiri di sini.
“Setiap daripada anda tahu perjuangan ini, (ibarat) menaiki roller coaster. Jatuh bangun, yang penting kami tidak berputus asa.
“Trofi ini bukan untuk saya. Ini untuk setiap gadsi yang kelihatan seperti saya. Kami mahu dilihat, kami mahu didengari.”
“Saya berterima kasih atas kasih sayang anda dan sokongan anda kerana saya tahu saya menentang nama-nama besar,” ujarnya sebelum berhenti sebentar dan berpaling dari mikrofon dan meluahkan kata-kata teruja.
“Sh**t, F**k! jeritnya.

Filem Everything Everywhere At Once dilihat telah memenangi beberapa anugerah sejak kebelakangan ini. Michelle juga boleh menjadi saingan berat untuk barisan pelakon yang akan tercalon di anugerah Oscar kerana ramai menjangkakan yang SAGs ini adalah ramalan awal untuk anugerah besar terbabit.

Terdahulu,  Tan Sri Michelle Yeoh telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi di Golden Globe Awards sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Twitter SAGS awards, Spencer Althouse

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Lokal

Berkat mengumpul sampah, seorang warga emas dikenali Jaafar Idrus, 74, berjaya mengumpul dana sehingga RM8,000 bagi menampung kos pembedahan mata kirinya melalui aktiviti kitar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd