Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

METMalaysia Kesan Gempa Bumi Lemah Di Tawau

Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Tawau, Sabah pada jam 4.54 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan gempa tersebut direkodkan pada kedudukan 4.5° Utara dan 118.1° Timur dengan magnitud 2.7 pada skala richter.

Foto: Facebook Malaysian Meteorological Department

Ia berpusat sejauh 17 kilometer di utara Tawau pada kedalaman 10 kilometer. Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di sekitar kawasan Tawau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan sama, jabatan itu memohon mereka yang merasai gegaran berkenaan supaya mengisi borang soal selidik pada pautan yang berikut – https://forms.gle/BuhTW8K4B8op9rRx6.

Sumber: Facebook Malaysian Meteorological Department

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd