Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Messi Kini Jadi Sasaran Al Hilal, Tawar RM1.29 bilion Setahun

Bintang Argentina, Lionel Messi kini menjadi sasaran kelab Arab Saudi, Al Hilal di mana mereka sedia menawarkan kontra mega bernilai £245 juta (RM1.29 bilion) setahun.

Difahamkan, pemain berusia 35 tahun itu masih mempunyai baki kontrak enam bulan di Paris Saint-Germain (PSG) dan mungkin akan meninggalkan kelab Ligue 1 pada musim panas ini.

Sepanjang 20 penampilan bersama PSG, Messi telah menjaringkan 13 gol dan 14 bantuan gol selain turut cemerlang di Piala Dunia Qatar dengan jaringan tujul gol.

Sekiranya Messi menerima tawaran daripada Al Hilal, maka beliau bakal meraih RM370 juta lebih daripada pendapatan bintang Cristiano Ronaldo yang cuma menerima £173 juta (RM915 juta) setahun daripada Al Nassr.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini sekaligus menjadikan bintang sukan itu menerima bayaran paling tinggi di dunia.

Untuk pengetahuan, Al Hilal kini menduduki tangga ketiga Liga Pro Arab Saudi, tiga mata di belakang pendahulu Al Nassr.

Bagaimanapun, di sebalik tawaran luar biasa daripada negara Arab, PSG dijangka terus menjadi pilihan pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu.

Sumber: Marca
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd