Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Merisaukan! Hampir 3,400 Doktor Kontrak Letak Jawatan

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mendedahkan hampir 3,400 daripada keseluruhan 29,548 pegawai perubatan kontrak telah meletak jawatan dalam tempo empat tahun sejak 2017.

Katanya, pada tahun lalu sahaja, seramai 1,354 doktor kontrak atau 4.58 peratus daripada keseluruhan 29,548 membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Dalam tempoh 2017 hingga 2022, seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak sudah meletak iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun,”ujarnya.

Ditawarkan gaji lebih menarik, tekanan mental, berhijrah ke luar negara

Zaliha berkata, antara sebab yang mendorong mereka memutuskan untuk berhenti kerja adalah disebabkan kemahuan berhijrah ke luar negara, hadapi masalah kesihatan, tawaran gaji tinggi dan sebagainya.

“Antara sebabnya ialah mereka memilih berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun yang mungkin menawarkan gaji lebih menarik, membuka klinik sendiri dan melanjutkan pelajaran.
“Selain itu, ada yang berhijrah ke luar negara, (atas) sebab peribadi atau masalah kesihatan, termasuklah tekanan mental,” katanya di Dewan Rakyat.

Jalani saringan kesihatan mental

Dalam pada itu, Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijag memaklumkan seramai 76,381 petugas kesihatan daripada pelbagai skim perkhidmatan menjalani saringan kesihatan mental pada tahun lalu menerusi Ujian Saringan Kesihatan Mental (Dass).

“Seramai 2,558 atau 3.35% daripada jumlah itu mengalami gejala stres, keresahan (3,475 atau 4.55%) dan gejala kemurungan (2,123 atau 2.78%).
“Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum bahawa mana-mana pekerja yang bekerja dalam tempoh panjang boleh mempengaruhi masalah kesihatan mental mereka.

Jelasnya, masalah kesihatan mental boleh berpunca daripada pelbagai faktor psikososial, termasuklah kegagalan dalam mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan.

Sumber: Harian Metro (Suzalina Halid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd