Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Mereka Tiada Masalah, Cuma Diperbesarkan Netizen..”- Peguam Rizky Billar Nafi Tuduhan KDRT

Kes rumah tangga pasangan selebriti tersohor Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih hangat menjadi bualan ramai walaupun hampir seminggu ia berlaku.

Umum mengetahui Lesti dikatakan hadir ke balai polis bagi membuat laporan terhadap suaminya, Rizky kerana bertindak kasar selepas ‘kantoi’ berlaku curang.

Malah, turut dilaporkan, tubuh genitnya diperlakukan kasar di mana Rizky telah melempar, mencekik dan membaling penyanyi dangdut berusia 22 tahun itu sehingga ke arah bilik mandi.

Disebabkan perbuatan tersebut, Lesti dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan telah dibenarkan pulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, peguam mewakili Rizky Billar, Nesar Gintng mengatakan pasangan tersebut sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah rumah tangga, sebaliknya diperbesarkan oleh masyarakat yang tidak tahu pokok pangkal sesuatu cerita.

“Mereka sebenarnya tiada masalah, Masalah itu cuma diperbesar-besarkan oleh masyarakat,”ujar Nesar ketika ditemui di Polda Jakarta Selatan.

Malah, Nesar turut mengatakan isu berbangkit itu berlaku disebabkan kehadiran pihak lain yang sengaja memburukkan keadaan. Bagaimanapun, dia sendiri tidak tahu siapa orang ketika tersebut.

“Kami mengesyaki ada pihak ketika yang memulakan kes ini. Tetapi, kami tidak tahu siapa pihak ketiga itu,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Nesar memberitahu anak guamnya, Rizky Billar menafikan dakwaan dia melakukan kekerasaan dalam rumah tangga (KDRT) terhadap isterinya seperti yang dilaporkan oleh Lesti Kejora kepada pihak polis.

“Kejadian sebenarnya berlaku pada waktu malam dan Rizky tidak memukul & hempas Lesti. Sebaliknya, terhempas. Jadi, ia berlaku ketika Rizky mahu pergi ke bilik air.
“Lesti menarik Rizky kemudiannya dia menepis sebelum berlalu pergi ke bilik air. Kemudian Lesti mengejar Rizky dan dia kemudiannya menarik rantai dipakai Rizky. Entah bagaimana, Lesti terus jatuh dan ‘terhempas’, bukannya ‘dihempas’.

Tegas Nesar, cerita mengenai Lesti dicekik, dipukul dan dilempar di bilik air adalah tidak benar.

Perkembangan lain, Rizky yang sepatutnya hadir memberi keterangan pada hari ini dilihat tiada, namun diwakili oleh Nesar dengan mengatakan anak guamnya itu akan hadir untuk beri kerjasama pada minggu hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Detik.com

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd