Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Mereka Tengah Bahagia”- Leonardo & Gigi Hadid Sedang Hangat Dilamun Cinta

Gosip mengenai kisah percintaan antara pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio dan model popular, Gigi Hadid akhirnya terjawab selepas keluarga terdekat DiCaprio mengesahkan sendiri mengenai mereka berdua.

Menurut laporan Entertainment Tonight, keluarga di sebelah pihak DiCaprio mendedahkan kedua-dua selebriti itu kini sudah menjadi pasangan kekasih selepas masing-masing hangat menjalinkan hubungan percintaan.

“Mereka memang sedang bercinta dan berada dalam fasa bahagia,” kata seorang ahli keluarga terdekat DiCaprio.

Bukan itu sahaja, bukti kedua-dua selebriti itu menjalin hubungan romantik apabila mereka dilihat bermesraan semasa hadir ke Minggu Fesyen New York baru-baru ini.

Bahkan, mereka juga meluangkan masa bersama-sama dengan pergi melancong di Itali ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan hubungan percintaan antara mereka berdua.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd