Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Muncul Dalam Filem Hollywood, Tonjol Merdeka 118 Di Pentas Dunia – CEO PNB

Bangunan pencakar langit, Merdeka 118 menjadi kebangaan baharu buat Malaysia kerana berjaya mencerminkan perkembangan kemajuan di negara dan telah menjadi satu tarikan di peringkat global.

Merdeka 118

Foto: World Construction Network

Merdeka 118 itu mendapat perhatian dunia setelah dijadikan lokasi pengambaran filem Hollywood, Thunderbolts dan merupakan satu langkah yang proaktif dalam mempromosikan Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan yang dinamik dan moden.

Menurut laporan Bernama, Chief Executive Office (CEO) PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud berkata, kejayaan pembikinan filem terbitan Marvel Studios ini membuktikan bahawa Merdeka 118 merupakan mercu tanda ikonik bertaraf dunia dan mampu menarik perhatian global.

Merdeka 118

Foto: Tatler Asia

“Ini merupakan satu peluang unik untuk menonjolkan Merdeka 118 di pentas dunia.
“Kemunculan bangunan ini dalam filem Hollywood bukan sahaja memperkenalkan mercu tanda baharu Malaysia, tetapi juga mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi yang moden dan dinamik,” kata Ab Aziz pada Ahad.

Beliau berkata, pengambaran telah dijalankan pada pertengahan tahun lepas dan pihak PNB bekerjasama rapat bersama pihak produksi bagi memenuhi keperluan mereka, sambil menitikberatkan keselamatan orang awam yang berkunjung ke bangunan tersebut.

“Kami bekerja rapat dengan pihak produksi untuk memastikan setiap keperluan dipenuhi secara efisien dan profesional, sambil mengutamakan keselamatan awam dan bangunan.
“Dan sekiranya ada permintaan (untuk penggambaran di Merdeka 118), kami akan menilai dan menimbang setiap permintaan yang diterima dengan mengambil kira kesesuaian dan impaknya terhadap Merdeka 118 serta persekitarannya,” ujarnya.

Artikel lain: Menara Merdeka 118 Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari 2024

Sementara itu, beliau juga berharap dengan adanya pendedahan sebegini dapat meningkatkan profil bangunan itu di peringkat antarabangsa dan terus menjadi lokasi pilihan untuk pengambaran filem dan kandungan digital.
Merdeka 118

Foto: GSCCinemas

Terdahulu, pelakon utama Thunderbolts, Florence Pugh melakukan aksi lagak ngeri terjun dari puncak Merdeka 118 menjadi perhatian ramai setelah Marvel Studios berkongsi klip di sebalik tabir pembikinan filem berkenaan di media sosial sehingga menjadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia

Sumber: Bernama (Norhidayyu Zainal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Lokal

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menegaskan tindakan tegas terhadap pelajar sekolah perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau salah laku....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd