Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-Gara Terlalu Minat, Lelaki Kantoi Menyamar Jadi Penolong Pegawai Perubatan

Jabatan Kesihatan Perlis mengesahkan kejadian seorang lelaki menyamar sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Tunku Fauziah (HTF) adalah insiden benar.

Kantoi menyamar Penolong Pegawai Perubatan

Penolong Pegawai Perubatan

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ghazali Chik memberitahu kejadian berlaku pada 8 April yang lalu.

Sementara itu, hasil siasatan awal mendedahkan perbuatan tersebut terjadi di perkarangan HTF sekitar jam 9.28 malam dan pelaku dikenal pasti sebagai orang awam berusia 23 tahun.

Beliau turut memberitahu bahawa pelaku dipercayai membeli pakaian seragam PPP dan peralatan perubatan melalui platform dalam talian sebelum memulakan agenda penyamaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Individu itu juga didapati lengkap beruniform PPP dan mempunyai beg peralatan perubatan. Suspek mengaku membeli seragam PPP dan peralatan perubatan berkenaan melalui platform dalam talian,” kata Dr Ghazali hari ini.

Dalam pada itu, satu laporan polis telah dibuat pada 9 April yang lalu berkenaan insiden terbabit dan mendapati pelaku melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya berkenaan.

 Penolong Pegawai Perubatan

Dr Ghazali berkata, pihaknya memandang serius apa yang telah terjadi dan mengarahkan HTF untuk memperketatkan lagi pemantauan di seluruh perkarangan hospital.

“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa penyamaran sebagai penjawat awam adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Artikel lain: Kami Bukan Boneka! Pegawai Perubatan Dakwa Dikhianati KKM, Pemilihan Penempatan Tunda Lagi

Terdahulu, tular satu video di Facebook memaparkan seorang lelaki didakwa menyamar sebagai staf di sebuah hospital di Perlis dipercayai berjaya dicekup oleh petugas hospital tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumat dalam video itu menyatakan pelaku mempunyai cop nama yang lengkap berserta nama jawatan serta memiliki beberapa peralatan seperti stetoskop.

 Penolong Pegawai Perubatan

Sumber: Berita Harian (Aizat Sharif), Facebook Buletin Utama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Pelarian tidak seharusnya dipersalahkan atas isu kos sara hidup dan keselamatan yang berpunca daripada pelbagai faktor ekonomi, sistemik dan global, kata Ketua Pejabat United...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd