Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Menteri Pertanian Jepun Letak Jawatan Selepas Buat Kenyataan Tak Beli Beras, Tapi Dapat Percuma

Menteri Pertanian Jepun letak jawatan

Menteri Pertanian Jepun, Taku Eto melepaskan jawatan selepas memberitahu bahawa beliau tidak pernah membeli beras kerana menerima secara percuma, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyatnya.

Menteri Pertanian Jepun letak jawatan

Menteri Pertanian Jepun letak jawatan

Foto: Reuters

Menurut laporan Reuters, Eto meletak jawatan hari ini kerana kenyataannya dianggap tidak menghormati rakyat Jepun yang kini berdepan kenaikan harga makanan lebih-lebih lagi beras yang menjadi bahan utama.

“Saya baru sahaja menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba,” kata Eto di pejabat perdana menteri hari ini.

Terdahulu, Eto meluahkan rasa simpati terhadap ‘kepayahan’ yang terpaksa dilalui oleh rakyat Jepun setelah kerajaan itu mula mengeluarkan sebahagian stok simpanan kecemasan beras dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, Eto yang dipercayai berucap dalam satu perhimpuan pada hujung minggu lalu mendedahkan bahawa beliau tidak pernah membeli beras kerana penyokongnya memberikan bahan asas itu dengan banyak sehingga boleh menjualnya semula.

Menteri Pertanian Jepun letak jawatan

Foto: The Press Democrat

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan rakyat Jepun memandangkan harga beras di negara itu dipercayai meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Oleh itu, tidakan tersebut dikecam teruk kerana dianggap tidak berperikemanusiaan malah mendapat perhatian Setiausaha Agung Parti Demokratik Perlembagaan Jepun, Junya Ogawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Eto cuba menarik semula kenyataannya pada Isnin lalu, dengan memaklumkan beliau telah dimarahi isterinya kerana mengeluarkan kenyaataan yang agak keterlaluan.

“Isteri saya memberitahu bahawa dia ada membeli beras apabila bekalan beras sumbangan habis,” kata Eto, baru-baru ini.

Artikel lain: Cium Pipi Jin BTS, Wanita Jepun Usia 50-an Bakal Didakwa Di Mahkamah

Dalam pada itu, Ishiba juga turut memberikan amaran keras kepada Eto dan masih mahu mengekalkan beliau dalam kerajaan.

Namun, media melaporkan Eto telah menawarkan peletakan jawatan dan Ishiba dijangka bakal melantik bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi, bagi menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan ahli politik itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, peletakan jawatan Eto adalah yang pertama dalam kabinet Ishiba sejak dibentuk pada Oktober lalu.

Sumber: Reuters

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd