Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dalam Keadaan Wuduk, Guru Agama Meninggal Dunia Selepas Solat Isyak

Seorang jemaah lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat Isyak dan mengikuti tazkirah tentang wakaf di sebuah masjib yang terletak di Parit Buntar, Perak, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Radzi Arab, arwah yang dipercayai guru Sekolah Menengah Kebangsaan  Mutiara Impian rebah secara tiba-tiba selepas melangkah keluar dari pintu utama masjid, dalam keadaan masih berwuduk.

Meninggal dunia selepas solat Isyak

Meninggal dunia selepas solat Isyak

“Permergian hamba Allah SWT selepas solat Isyak berjemaah. Malam Jumaat serta dalam keadaan berwuduk,” ujarnya.

Artikel lain: Wanita Tak Henti Luah Syukur, Dikurniakan Zuriat Selepas 19 Tahun Berkahwin

Pemergian yang dicemburui

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham malah mereka mencemburui pemergiannya dalam keadaan penuh mulia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman

Malah, ada seorang individu yang mengakui sahabat kepada arwah berkata, guru itu sering menghadiri majlis ilmu dan sangat menghormati golongan ulama.

Dalam pada itu, ramai berharap arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan keluarganya kuat menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Sumber: Facebook @Muhammad Radzi Arab

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd