Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mengamuk TnG Tak Boleh Guna, Lelaki Tumbuk Penjaga Tol

Seorang lelaki dipercayai mengamuk sebelum menumbuk penjaga tol kerana kad ‘Touch n Go’ (TnG) tidak dapat digunakan untuk melepasi Plaza Tol Perling, Johor Bahru Ahad lalu.

Foto: X #UpdateInfo

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan kedua-dua individu itu pagi semalam.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 1.15 petang kelmarin di Plaza Tol Perling menghala ke Iskandar Puteri.
“Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun mendekati penjaga tol kerana tidak puas hati apabila TnG melalui kad pengenalannya tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang mencukupi untuk melepasi palang tol.
“Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dengan lelaki itu hingga membawa kepada pergelutan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata, orang ramai di lokasi kejadian turut membantu untuk meleraikan pergaduhan yang menyebabkan lelaki terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan muka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X #UpdateInfo

Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka kereta berdurasi dua minit 19 saat di laman X yang memaparkan insiden pergaduhan antara dua lelaki sehingga bertumbuk sesama sendiri di plaza tol berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang sekiranya disabitkan bersalah boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Utara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Pelarian tidak seharusnya dipersalahkan atas isu kos sara hidup dan keselamatan yang berpunca daripada pelbagai faktor ekonomi, sistemik dan global, kata Ketua Pejabat United...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd