Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mengaku Salah Amang Pelajar, Warden Pondok Pengajian Dipenjara 20 Tahun

Seorang warden pondok pengajian di Batu Pahat yang bakal menimang cahaya mata sulung Februari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 13 sebatan selepas mengaku bersalah atas kesalahan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki.

Warden pondok pengajian ditahan

Warden Pondok Pengajian

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Mohamad Zabir Harith Bidin, 25, membuat pengakuan bersalah terhadap 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar hari ini di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya berusia 15 tahun di sebuah pondok pengajian di Batu Pahat, antara jam 5.30 petang hingga 1 pagi, dari Mac hingga Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a), 14 (b) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan

Artikel lain: Ibu Bongkar Anak Lelaki Jadi Mangsa Liwat Suami Pengasuh

Mengikut fakta kes, perlakuan tersebut terungkap apabila polis menerima laporan daripada mangsa pada 23 Disember lalu.

Siasatan mendedahkan bahawa kejadian berlaku sejak Mac dengan kali terakhir pada Ogos lalu, semuanya berlaku dalam bilik tertuduh di pondok pengajian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa didapati kerap ke bilik tertuduh untuk mengemas dan melipat pakaian sebelum perbuatan itu dilakukan dan tertuduh telah meminta mangsa untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Kejadian ini terbongkar selepas seorang tenaga pengajar mendapati prestasi pelajaran mangsa merosot.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh penjara dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa isu berkaitan salasilah pemain warisan Harimau Malaya tidak sepatutnya terus diperdebatkan, memandangkan kesemua mereka telah melepasi saringan ketat...

Politik

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 ditunda ke hujung bulan November bagi memberi laluan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd