Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Menentang China, Garrido Mahu Anak Buah Contohi Harimau Malaya

Jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara Juan Torres Garrido mahu anak buah contohi senior mereka pasukan Harimau Malaya yang berjaya mengikat China 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China pada September lepas.

Kejayaan menyaingi pasukan pada kedudukan ke-80 dunia  itu membolehkan  skuad kendalian Kim Pan Gon mendaki tangga ranking daripada 136 ke kedudukan 134.

Garrido mahu anak buah contohi Harimau Malaya

Artikel lain: Tewaskan Taiwan, Skuad Harimau Malaya Dipuji FIFA Lagi

Bagaimanapun Garrido lebih selesa skuad bimbingannya menjadi pasukan ‘underdog’ atau bukan pilihan dalam perlawanan persahabatan menentang China dijadualkan pada 23 dan 26 Dis ini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap pasukan berbeza, setiap perlawanan  berbeza. Lebih baik bersikap rendah diri. Kami akan menguji diri dan cuba perbaiki dalam perlawanan seterusnya dan meningkat secara konsisten sehingga bermulanya Piala Asia.
“Pasukan senior kami adalah contoh yang baik yang boleh kami ikuti, tetapi kami juga perlu bersiap sedia mengikut laluan kami, cara kami,”  katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Shanghai, China hari ini. 

Skuad muda negara bakal berdepan dua aksi persahabatan Tier 2 sebagai persediaan ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar tahun depan.

Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D Piala Asia dan akan membuka saingan bertemu Uzbekistan pada 17 April, Vietnam (20 April) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Kuwait (23 April).

Dalam pada itu, Garrido berkata pengalaman  menentang pasukan Tembok Besar itu akan menjadi bekalan penting kepada Harimau Muda yang tidak banyak peluang beraksi bagi mengasah taktikal mereka tahun ini.

“China ialah pasukan hebat yang boleh membantu kami mengetahui tahap kami. Kami tidak mempunyai skuad yang  lengkap, China juga mungkin tidak menurunkan skuad penuh mereka tetapi ia masih satu ujian yang baik untuk kami, di mana kami boleh mula menyiapkan diri untuk pertandingan itu (Piala Asia),” katanya.

Selain itu, Garrido berkata beliau masih menagih khidmat pemain Terengganu Ubaidullah Shamsul Fazili yang kini berehat selepas  mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa final Piala Malaysia 2023, 8 Dis lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata pemain berusia 20 tahun itu  merupakan  komponen penting untuk melengkapkan skuadnya selain telah menampilkan aksi cemerlang sepanjang musim ini.

sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd