Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Garis Panduan, Syarat Lengkap Mendulang Emas Di Kelantan Akan Diumumkan – Fadzli Hassan

Garis panduan dan syarat lengkap bagi aktiviti mendulang emas di Kelantan akan diumumkan selepas dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri yang akan datang, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang meneliti cadangan itu bagi memastikan aktiviti mendulang tidak menjejaskan keselamatan pendulang dan alam sekitar.

Mendulang emas di Kelantan

Mendulang emas di Kelantan

“Cadangan untuk memberikan kebenaran menjalankan aktiviti mendulang emas masih dalam peringkat penelitian dan belum dimuktamadkan.
“Mungkin wujud kekeliruan berhubung pengisytiharan sebelum ini. Saya sebut kerajaan bercadang dan akan buat syarat maknanya ia belum dilaksanakan lagi. Kita sedang teliti syarat, garis panduan dan perkara lain sebelum dibentangkan dalam mesyuarat exco akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Beliau berkata penetapan garis panduan itu bertujuan mengawal aktiviti mendulang supaya tidak menjejaskan keselamatan rakyat dan alam sekitar.

“Kita mahu mengawal selia aktiviti ini. Mendulang dibenarkan, tetapi penggunaan peralatan tertentu seperti mesin mudah alih dianggap sebagai industri dan tidak dibenarkan. Aktiviti berbentuk industri perlu memohon lesen dan melalui prosedur lebih ketat,” katanya.

Artikel lain: Tragedi Pantai Cenang: Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Di Langkawi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mendulang emas di Kelantan

Mohamed Fadzli berkata penentuan harga belian emas, pembeli dan pemantauan jumlah pendulang akan diselaraskan melalui lesen yang bakal dikeluarkan.

“Kita mahu meneliti semua aspek. Cuma syarat belum diumumkan, jadi saya tidak mahu ulas lebih lanjut. SOP akan diumumkan dahulu,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata perlombongan emas memerlukan kos tinggi. Setakat ini, kerajaan negeri telah mengeluarkan 20 lesen, tetapi hanya empat syarikat yang aktif, termasuk satu syarikat berskala besar.

“Kita mengalu-alukan syarikat tempatan yang berkemampuan menyertai industri ini. Syarikat bumiputera yang benar-benar mampu juga dialu-alukan. Setakat ini, tidak banyak syarikat yang boleh melaksanakan perlombongan berskala besar,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd