Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menara KL Bersinar Hijau Tanda Masuk Waktu Maghrib, Isyak

Menara Kuala Lumpur (KL) bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah menara telekomunikasi, tetapi ia bakal bersinar warna hijau tanda masuk waktu Maghrib dan Isyak untuk umat Islam di Malaysia.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazli Said berkata, inisiatif itu merupakan idea tercetus secara spontan selepas kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk video rakaman azan terbaharu yang dilancarkan.

Menara KL bersinar hijau tanda masuk waktu Maghrib, Isyak

Menara KL Bersinar Hijau

 

Foto: ihsan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terinspirasi dengan itu, Menara KL memperkenalkan pencahayaan hijau ini sebagai peringatan masuknya waktu solat. Ia sekali gus sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat, ” katanya hari ini.

Difahamkan, kerjasama yang terjalin bersama rakan media berkenaan mencerminkan komitmen bersama dalam mempromosikan nilai-nilai positif dan mengukuhkan perpaduan.

“Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.
“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara KL dalam menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong program-program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” ujarnya lagi.

Menara KL Bersinar Hijau

Artikel lain: Juara Bangunan Seni Arkitek Terbaik Asia Milik KLCC, Jadi Tarikan Utama Untuk Pelancong

Untuk makluman sepanjang tahun ini, Menara KL telah merancang beberapa program bersama masyarakat antaranya Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2025 serta Sesi Iftar Dari Dapur TEMU bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.

Menara KL juga berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau anak bulan bagi menandakan permulaan bulan-bulan qamari terutamanya Ramadan, Syawal, dan Zulhijah, bagi menyambut bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menara tersebut merupakan titik pandang tertinggi di Kuala Lumpur yang dibuka kepada awam.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd