Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Menara 118 Masuk Filem Marvel, Netizen Malaysia Bangga Dapat ‘Filter Biru’

Netizen Malaysia bangga dapat ‘filter biru’ dalam filem terbaharu Marvel Studios iaitu Thunderbolts selepas mengeluarkan trailer atau pratonton bagi filem itu yang memaparkan lebih banyak babak yang dirakam di negara ini termasuk Menara 118 di Kuala Lumpur.

Pada trailer tersebut, watak utama filem Thunderbolts iaitu seorang wanita bernama Yelena Belova dilihat telah membuat lompatan dari tingkat atas Menara 118 yang merupakan bangunan kedua tertinggi di seluruh dunia.

Netizen Malaysia bangga dapat ‘filter biru’

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Selain itu, Yelena juga kelihatan sedang berada di Medan Pasar yang telah ditutup untuk kenderaan dan kini menjadi salah satu tempat popular untuk pejalan kaki di ibu kota.

Sebaik mendarat, Yelena menghubungi individu yang telah mengupahnya dan beberapa saat kemudian, sebuah tingkat di Menara Pacific Place meletup hasil tugasan wanita itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Dalam pada itu, Yelena juga dikelilingi oleh pelakon tambahan yang nyata-nyata merupakan warga Malaysia yang terkejut dengan letupan tersebut.

Susulan itu, menerusi beberapa hantaran di X, rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa bangga kerana filem tersebut menggunakan ‘filter biru’.

Malaysia dapat ‘filter biru’

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Ringgit sangat baik sampai dorang pakai ‘filter biru’

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Malaysia ada peningkatan!

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Mungkin ini yang pertama kali

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Yay, dapat ‘filter biru’

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Hal ini kerana ‘filter biru’ hanya digunakan dalam filem sekiranya mereka melakukan penggambaran di negara yang dianggap sebagai negara maju.

Menurut warga maya di X, Malaysia beruntung kerana tidak terpalit dengan stereotaip ‘filter kuning’ yang sering digunakan pada negara dunia ketiga (third world country) atau negara yang tidak maju.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pelancong Dari UK Hampir Menangis, Teruja Naik MRT – “Sangat Bersih, Tak Kotor Langsung”

Bagaimanapun, terdapat beberapa warganet Malaysia yang meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan ‘filter biru’ kerana pelbagai sebab.

Dorang kena berhenti pakai filter warna ni, Malaysia tak sebiru ini

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Tak suka sebab warna Kuala Lumpur lagi meriah dari ini

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Filem MCU sekali lagi buruk sebab warna yang buruk

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Kuala Lumpur sepatutnya kelabu!

Netizen Malaysia Bangga Dapat 'Filter Biru'

Sekadar info, Thunderbolts dijangka menjadi versi MCU untuk filem The Dirty Dozen dan Suicide Squad yang menampilkan sekumpulan anti-hero yang menjalankan misi untuk kerajaan Amerika.

Filem yang dibintangi oleh Florence Pugh sebagai Yelena, Sebastian Stan sebagai Bucky dan ramai lagi dijangka akan mula ditayangkan pada May 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd