Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

“Memang Best, Jalan Cerita Padu!” – Ramai Puas Hati Tonton Filem Jawan

Umum sedia maklum, filem Jawan yang dibintangi oleh aktor terkenal, Shah Rukh Khan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 7 September lalu.

Malah, filem itu mula mendapat perhatian ramai bahkan, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia mendedahkan Jawan adalah sebuah hasil karya terbaik yang perlu ditonton oleh orang ramai.

@shafnaufas

First time ever saya tengok cerita hindustan . Sebab saya tak suka sangat . Tetiba tengok cerita ni not bad !!! Korang boleh tengok ! Full house ye semalam #fypシ #shafnaufas #foryoupage #foryou

♬ original sound – Shaf🐊

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kali pertama saya tengok cerita hindustan. Sebab saya tak suka sangat, tiba-tiba tengok cerita ni not bad!!! Korang boleh tengok!” ujarnya di kapsyen.

Cerita ni memang best gila!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi maklum balas positif terhadap filem Jawan yang menepati jangkaan mereka.

Sekadar info, Jawan adalah merupakan sebuah filem action-thriller hasil karya yang ditulis bersama dan diarahkan oleh seorang penerbit filem dikenali sebagai Atlee, atau nama sebenarnya Arun Kumar.

Filem ini  diterbitkan oleh Gauri Khan dan Gaurav Verma di bawah Red Chillies Entertainment, yang merupakan sebuah syarikat penerbitan filem yang dikendalikan oleh keluarga Shah Rukh Khan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Secara ringkasnya, filem Jawan ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Vikram yang berniat untuk membaiki kesalahan masa silamnya dan nekad untuk membalas dendam atas penderitaan yang dialaminya.

Dalam trailer filem ini, Shah Rukh Khan dilihat memegang peranan sebagai agen rahsia yang menganggotai sebuah pasukan khusus. Dalam pasukan inilah Vikram bertemu seorang wanita bernama Sanya (Nayanthara) yang mempunyai latar belakang serta misi yang sama untuk melawan kejahatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @shafnaufas

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd