Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Tugas Perempuan Hanya Kangkang?” – Mekyun Bidas Mentaliti DMA Islam

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan mengurus kerja rumah.

Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi, ramai netizen mengecam pandangan yang dianggap merendahkan martabat wanita.

mekyun

Foto: IG @mekyunn

Menjawab kenyataan berkenaan, pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee, 28 atau lebih dikenali sebagai Mekyun, tampil lantang membidas pandangan DMA Islam.

Artikel lain: Anggap Neelofa ‘Orang Suci’, Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Kena Kecam

Melalui sebuah video berdurasi 60 saat yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mekyun menjelaskan bahawa tujuan video tersebut adalah untuk membetulkan semula cara fikir seperti itu yang bukan sahaja sempit malah merendahkan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

mekyun

Menurut Mekyun, lelaki yang memiliki mentaliti seperti itu sebenarnya menjadi punca ramai wanita pada hari ini hilang rasa hormat terhadap kaum lelaki. Perkara itu turut dikuatkan dengan kapsyen yang ditulisnya,

“Lelaki dengan mentaliti macam ini lah punca ramai perempuan hilang respect dekat lelaki. Ingat ya, perempuan bukan pengemas rumah dan kerja kangkang saja. Perempuan bukan objek. Perempuan bukan hamba.” tulisnya.

Selain itu, Mekyun berkata lelaki yang berpegang pada pandangan tersebut bukanlah pemimpin, jauh sekali lelaki alpha. Sebaliknya, mereka hanyalah individu yang insecure dan takut wanita berdiri lebih tinggi daripada ego sendiri.

Dalam pada itu, pempengaruh berkenaan menambah bahawa wanita hari ini telah membuktikan keupayaan luar biasa.

“Mereka mampu membina kerjaya, mengurus keluarga, menyumbang kepada kewangan rumah, menjaga emosi dan mental anak serta suami, dan tetap menjaga diri sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. Perempuan hari ini bukan bayang-bayang lelaki,” katanya.

mekyun

Sebagai penutup, Mekyun menyeru agar masyarakat tidak lagi menjadikan mentaliti lapuk ini sebagai sesuatu yang normal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menekankan bahawa peranan wanita jauh lebih luas, dan pandangan yang menyempitkan fungsi mereka hanya akan terus mengundurkan pemikiran masyarakat ke belakang.

Sumber: Instagram @mekyunn

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd