Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Mek Yun Beli Rumah Pertama, Titip Pesanan Buat Wanita – “Pastikan Ada Aset Sendiri”

Personaliti media sosial, dan pelakon Mek Yun berkongsi momen bahagia bersama peminat di media sosial setelah berjaya memiliki rumah idamannya.

Beli rumah pada usia 28 tahun

Beli rumah pada usia 28 tahun

Menerusi hantaran di TikTok itu, Mek Yun atau nama sebenarnya We Yu Nee meluahkan rasa teruja menunjukkan keadaan rumah baharunya dan menerangkan beberapa perancangan awal dekorasi kediaman miliknya itu.

@mekyunnnn

Mekyun capai another milestone!! Akhirnya.. Mekyun beli rumah pertama Mekyun!! 😭🏡❤️ Mekyun tak sabar nak share journey rumah baru ni dengan korang semua 🥹Ahhhh I am so happy and proud of myself ❤️ Dan ingat tau kepada semua perempuan di luar sana, jangan tunggu suami atau sesiapa pun untuk sediakan rumah untuk kita. Start saving dari sekarang. Pastikan kita ada rumah sendiri, ada aset sendiri supaya masa depan kita? Kita yang kawal 💪🏼 Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan. Okay? 😉

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini lagi satu milestone besar untuk MekYun. 
“Mek Yun beli rumah pertama, tak sabar nak design rumah ini nak buat dapur cantik-cantik. Dekat bilik pula nak pasang plaster ceiling, katil, dan wardrobe,” kata Mek Yun di TikTok pada Isnin.

Dalam pada itu Mek Yun memberitahu rumah itu menjadi pilihan kerana lokasinya berdekatan dengan rumah ibu bapanya dan berasa tidak sabar berkongsi perjalanan menyiapkan rumahnya itu dari semasa ke semasa.

Mek Yun Beli rumah pada usia 28 tahun

“Sebab saya beli rumah kat sini kerana dekat dengan rumah mak dan bapa, saya tak sabar nak kongsi perjalanan rumah baru ni dengan peminat semua. Saya cukup gembira dan berbangga dengan diri sendiri,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, MekYun juga menitipkan beberapa pesanan buat kaum wanita agar berusaha gigih tanpa mengharapkan harta suami dan mula menabung bagi membeli aset demi masa depan yang lebih baik.

“Ingat tau kepada semua perempuan di luar sana, jangan tunggu suami atau sesiapa pun untuk sediakan rumah untuk kita.
“Mula menabung dari sekarang. Pastikan kita ada rumah sendiri, ada aset sendiri supaya masa depan kita? Kita yang kawal. Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Lisa Blackpink Pemilik Rumah Mewah Di Seoul, Beli Pada Harga RM26 Juta

Perkongsian itu telah menerima respons positif dalam kalangan peminat dan bersetuju sebagai seorang wanita seharusnya memiliki harta sendiri tanpa mengharapkan kekayaan suami bagi memenuhi keinginan diri sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Mekyun

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd