Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Meghan Trainor Akui Sakit Ketika Bersama, Saiz Zakar Suami Terlalu Besar

Penyanyi terkenal antarabangsa, Meghan Trainor mengakui dirinya fobia setiap kali mahu melakukan hubungan intim bersama suami, Daryl Sabara.

Meghan berkata demikian kerana dia terpaksa menanggung kesakitan sehingga tidak dapat berjalan disebabkan saiz zakar suaminya terlalu besar.

Penyanyi berusia 30 tahun juga mengatakan dia mengalami masalah vaginismus yang menyebabkan perasaan takut melampau ketika melakukan hubungan hubungan seks dengan pasangan.

Disebabkan itu, dia berharap agar saiz zakar suaminya dapat menjadi lebih kecil bagi mengurangkan kesakitan yang dialami sewaktu melakukan hubungan intim.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya harap dapat menukar zakar suami supaya jadi lebih kecil. Ia amat menyakitkan.
“Saya diberitahu saya mengalami viginismus. Saya cuba pelbagai posisi agar lebih selesa tapi ternyata lagi teruk.
“Sampai satu tahap saya tanya ‘Semua dah masuk ke dalam? Dia cakap belum, baru sedikit’. Saya tak tahu macam macam mana lagi, saya sampai tak boleh berjalan selepas melakukan ia,”ujarnya.

Pelatun lagu Dear Future Husband berkata, dia terpaksa melalui detik sukar melakukan hubungan intim bersama suami selepas melahirkan anak sulung, Riley Sabara pada tahun 2021.

“Saya mengambil tempoh agak lama untuk kembali melakukan hubungan seks bersama suami. Saya kata kepadanya, jangan lihat dan sentuh saya,”ujarnya lagi.

Untuk rekod, Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Riley Sabara yang kini berusia 2 tahun.

Meghan juga kini sedang hamil anak kedua selepas berkongsi khabar gembira di media sosial miliknya pada penghujung Januari lalu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Meghan Trainor (@meghantrainor)

Sumber: Glamour, Instagram @meghantrainor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd