Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

MBSA Beri Kebenaran Roboh Stadium Shah Alam – Amirudin Shari

Stadium Shah Alam akan roboh bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

Hal ini berikutan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran untuk projek pembangunan KSSA pada Jumaat lepas dan perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Stadium Shah Alam roboh

Artikel lain: Timbalan PM Timor-Leste Lawat AFC, Bincang Bina Stadium Capai Piawaian Di Negara Sendiri

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” katanya menjawab pertanyaan pengikutnya yang ingin tahu perkembangan pembangunan semula KSSA menerusi aplikasi X dua hari lepas.

Terdahulu, kerajaan Selangor dilaporkan telah menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek KSSA pada 15 Nov lepas dengan proses perobohan Stadium Shah Alam melibatkan kos RM35.5 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media sebelum ini melaporkan projek pembangunan semula KSSA membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang 2026.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd