Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Lima Tahun Selepas Pandemik, MBO Cinemas Tutup Tirai Umum Henti Operasi

Pengendali rangkaian pawagam, MBO Cinemas Sdn Bhd mengumumkan bakal menamatkan operasi secara kekal selepas kembali beroperasi selama lima tahun pasca pandemik COVID-19.

MBO Cinemas ucap terima kasih kepada pelanggan

Menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial, syarikat terbabit merakamkan penghargaan kepada para pelanggan yang selama ini memilih MBO sebagai destinasi menikmati pengalaman sinematik.

“Segala sorakan dan gelak tawa di dewan yang penuh, hinggalah detik-detik sunyi ketika babak menyentuh hati, amat bermakna buat kami.
“Daripada kami di MBO Cinemas, terima kasih kerana memenuhi tempat duduk dan juga hati kami,” kata syarikat itu.

Pernah tutup operasi di Malaysia ketika pandemik

Untuk rekod, rangkaian pawagam itu pernah menutup operasinya di Malaysia pada tahun 2020 susulan pandemik Covid-19 sebelum kembali beroperasi setahun kemudian di bawah pengurusan baharu selepas asetnya diambil alih oleh Golden Screen Cinemas.

mbo cinemas

Artikel lain: Sah! GSC Citta Mall Umum Henti Operasi Sepenuhnya, Tayangan Akhir 30 Oktober Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tempoh operasi semula itu, MBO Cinemas mengendalikan lapan cawangan yang terletak di Selangor, Melaka, Perak dan Johor sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan operasi.

Sumber: Instagram mbocinemas

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd