Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Mbappe Tak Mahu Sertai Al-Hilal Walaupun Ditawar RM1.52 Bilion

Demi mendapatkan bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, Real Madrid sanggup menawarkan 103 juta pound (RM603.23 juta) pada musim panas ini.

Menurut laporan Berita Harian, bidaan telah dibuat oleh Kelab gergasi Sepanyol itu dalam tempoh tiga hari terakhir sebelum 1 September, apabila jendela perpindahan ditutup dan secara tidak langsung memberi tekanan kepada PSG.

View this post on Instagram

A post shared by Kylian Mbappé (@k.mbappe)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Umum sedia maklum, Mbappe sebelum ini pernah mendedahkan dia akan meninggalkan PSG tetapi tidak mahu melakukannya pada jendela perpindahan kali ini.

Difahamkan, dia akan berpindah sebagai ejen bebas ke Madrid sebaik kontraknya tamat tahun depan memandangkan perjanjian di Paris masih berbaki setahun.

Sebelum ini, kelab Al-Hilal pernah menawarkan 259 juta pound (RM1.52 bilion) namun ditolak oleh Mbappe dan pada ketika ini, PSG mahu menjualnya segera kepada pembida tertinggi bagi mengelak perpindahan secara percuma tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Madrid terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih demi mendapatkan Mbappe setahun lebih awal, meskipun jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding tawaran Al-Hilal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd