Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Mbappé Bakal Fail Saman Fitnah Terhadap Akhbar Sweden Atas Dakwaan Perkosa

Pemain bola sepak Real Madrid, Kylian Mbappé akui ‘terkejut’ apabila namanya dikaitkan dalam satu siasatan kes rogol di Sweden dan pemain itu bakal fail saman fitnah terhadap akhbar Sweden yang mengeluarkan laporan berita berkenaan dakwaan tersebut.

Memetik laporan Le Monde, peguam Mbappé iaitu Marie-Alix Canu-Bernard berkata ketua paasukan kebangsaan Perancis itu ‘tenang’ kerana ‘dia tidak melakukan sebarang kesalahan’.

Sebelum ini, pendakwa raya Sweden berkata awal semalam, sebuah siasatan berkenaan kes rogol itu telah dimulakan namun pihak pendakwaan tidak menyebut nama Mbappé.

Mbappé bakal fail saman fitnah terhadap akhbar Sweden

Akhbar Sweden iaitu Aftonbladet dan Expressen termasuk badan penyiar awam SVT telah melaporkan Mbappé merupakan sasaran siasatan susulan kunjungan bintnag itu ke bandar raya berkenaan selama dua hari pada minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mbappé tidak menyedari dakwaan itu sangat gempar di media, tetapi dia sangat tenang dan tidak faham mengapa tuduhan itu dilemparkan terhadap dirinya.
“Dia juga terkejut apabila mengetahui perkata itu mungkin melibatkan dirinya. Mbappé pilih untuk jalani latihan dan minta pejabat saya supaya tidak membiarkan keadaan ini berlarutan.
“Tak mungkin dia mahu membiarkan dirinya diftinahd an dikecam seperti ini. Inilah sebabnya kami akan memfailkan saman fitnah,” kata Canu-Bernard.

Pihak Berkuasa Pendakwaan Sweden berkata, dakwaan merogol itu berlaku di sebuah hotel pada 10 Oktober lalu namun tidak menamakan suspek disamping berkata tiada maklumat lanjut boleh dikongsi buat masa ini.

“Sebagai tindak balas kepada laporan media mengenai suspek rogol di Stockholm, pendakwa raya boleh mengesahkan laporan jenayah sudah diserahkan kepada polis,” ujarnya.

Sebelum ini, akhbar Expressen pada Isnin telah mengenal pasti Mbappé sebagai suspek, memetik sumber tanpa nama, manakala Aftonbladet dan SVT pada selasa mengatakan mereka juga telah menerimia maklumat mengesahkan Mbappé merupakan suspek.

Canu-Bernard bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan bahawa Mbappé adalah suspek kerana masih belum ada maklumat terbaharu daripada Pejabat Pendakwa Raya Stockholm.

“Pejabat Pendakwa Raya Stockholm mengeluarkan kenyataan, tetapi ia tidak membolehkan kami mengetahui sama ada Kylian Mbappé adalah sasaran.
“Oleh itu, saya tidak mempunyai maklumat yang membolehkan saya mengesahkan sama ada ini adalah aduan yang benar-benar difailkan terhadapnya,” ujarnya.

Sementara itu, Mbappé menerusi satu hantaran di X menafikan dakwaan tersebut dengan menulis ia merupakan berita palsu kerana sesi mahkamahnya menentang bekas kelab semakin hampir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Le Monde

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd