Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MB Johor Buat ‘Spot Check’ di CIQ Bangunan Sultan Iskandar Bagi Pantau Kesesakan

Bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melakukan pemantauan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Onn Hafiz di laman Facebooknya, dia yakin bahawa pemantauan dan koordinasi yang baik dapat mengurangkan isu kesesakan yang sering dialami oleh rakyat.

https://www.facebook.com/onnhafizghazi/posts/pfbid02nSAY2WnUQqyxkYEQm4HWDesGbuVCbPVvaPcg7pgshARikLYhEdBFZuoqS1wMnEYGl

“Syukur Alhamdulillah. Awal pagi tadi saya sempat meninjau lagi keadaan BSI.
“Saya yakin bahawa pemantauan dan koordinasi yang baik dapat mengurangkan isu kesesakan ini. Selain itu, saya juga berharap agar kerja-kerja penyelenggaraan di BSI dapat dilakukan dengan lebih efisien,” katanya.

Dalam pad aitu, Onn Hafiz menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam memastikan keadaan di lokasi tersebut sentiasa terkawal dan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pegawai imigresen dan kastam, petugas PDRM, RELA, JKR dan semua pihak yang membantu bagi mengurangkan kesesakan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook @Onn Hafiz Ghazi

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd