Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mawla Amin Hanya Tetamu Jemputan, Bukan Beli Tanah Bina Kerajaan 9 Di Melaka

Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia menafikan dakwaan pembelian sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka adalah untuk membina perkampungan Kerajaan 9.

Pengerusinya, Hasnul Hakim Mohd Zain berkata, tuduhan mudir membuat dakwaan tersebut disifatkan sebagai satu tuduhan fitnah yang sangat berat.

Bukan bina Kerajaan 9

Jelasnya, perancangan asal pihaknya membeli tanah tersebut adalah untuk membina sebuah Kota Cinta yang bakal menjadi pusat pengajian Islam dalam sebuah komuniti yang mencintai Allah SWT dan rasulnya.

Bagaimanapun, cadangan tersebut masih jauh kerana mereka mempunyai kekangan dari segi dana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malah, semua ahli di madrasah ini juga berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang upah atau bayaran dan tidak menggunakan dana infaq seperti yang digembar-gamburkan,” jelasnya dalam sidang akhbar bertempat di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM), Sungai Buloh, hari ini.

kerajaan 9

Artikel lain: Kerajaan Maghribi Keluar Kenyataan Kepada Kedutaan Malaysia Tentang Mawla Amin

Tegas Hasnul, Mawla Amin yang didakwa baru-baru ini tidak terlibat secara langsung berkaitan apa-apa hal madrasah, sebaliknya tetamu yang dijemput untuk mengimarahkan program yang dianjurkan pertubuhan.

Pihaknya turut menafikan dakwaan menggunakan mawla tersebut sebagai ‘magnet duit’ untuk mendapatkan dana.

Jelas Hasnul, pihaknya perlu menyiapkan satu kertas kerja bagi menampung usaha pendidikan pelajar dan dakwah yang berterusan untuk mendirikan sesebuah madrasah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya (bukti) sedia ada tentang madrasah tidak mencukupi, pihak berkaitan boleh semak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk lihat sendiri baki akaun madrasah,” ujarnya.

Hasnul berkata, disebabkan kekangan kewangan, pihak madrasah tidak mampu untuk membeli sebidang tanah, apatah lagi tanah seluas 11 hektar seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

“Pihak kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kami mengutip dana awam untuk tujuan tersebut.
“Ia hanyalah satu cetusan idea untuk bina perkampungan muslim namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan,” katanya

https://www.facebook.com/NurAlMustafaMalaysia/videos/934273531141913?locale=ms_MY

Sumber: FB NurAlMustafaMalaysia 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd