Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mat Sabu Bertekad! Bakal Dedah ‘Rahsia’ Abdul Hadi Malam Ini

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu akan mendedahkan segala kebohongan yang dilakukan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di sebalik imej Islamiknya.

Menurut laporan Buletin TV3, Sabu mahu bertindak sedemikian memandangkan rakyat perlu tahu perkara sebenar di sebalik keputusan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), sebelum ini.

“Semalam Presiden PAS ‘tembak’ mengatakan mereka tinggalkan PR kerana parti DAP tolak hudud. Saya tidak akan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok (Isnin) di Simpang Jeram, Muar.
“Saya akan jawab malam nanti bagaimana Presiden PAS membuat pembohongan kepada rakyat. Saya akan jawab satu persatu malam esok (malam ini) pembohongan itu.
“Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden PAS. Jangan tipu Rakyat di atas kopiah kamu itu, ‘no more,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi pernah mendakwa  tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai AMANAH adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya telah mengundang perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut menyifatkan golongan tersebut lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan PAS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd